Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Fakta Menarik Tentang Pulau Reunion, Lokasi Serpihan MH370 Ditemui





Pulau Reunion bukanlah lokasi yang begitu dikenali oleh rakyat Malaysia.
Tetapi apabila tercetusnya pengesahan bahawa serpihan pesawat MH370 yang ditemui baru-baru ini  berhampiran dengan pulau ini, kami ingin bawakan 10 fakta menarik tentang Pulau Reunion.

1. Pulau ini pertama kali telah ditemui oleh Portugis pada abad ke 16. Pulau yang pada ketika itu tiada berpenghuni ini dibiarkan begitu saja oleh Portugis kerana mereka meneruskan pelayaran ke Asia Tenggara.
Pada tahun 1643, Peranchis mengambil alih pulau ini dan mengishtiharkannya sebagai pulau jajahan mereka. Wakil Peranchis dan koloni mereka seterusnya mendiami pulau ini selama 20 tahun. Sehingga kini pulau ini masih di bawah jajahan Peranchis.
2. Nama asal bagi Pulau Reunion adalah Bourbon Island. Pulau yang terletak di Lautan Hindi ini kemudiannya ditukar nama kepada Pulau Reunion oleh Peranchis pada tahun 1793.
3. Bahasa asal yang digunakan oleh rakyat yang mendiami pulau ini agak unik kerana ia adalah campuran 3 bahasa – Bahasa Peranchis, Malagasi (bahasa dari Madagaskar) dan Bahasa Gujerat (dari India). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pedagang dari Madagaskar dan India kerap berkunjung ke sini.
Namun begitu Bahasa Peranchis merupakan bahasa rasmi di pulau ini.
4. Hasil bumi utama yang menjadi bahan eksport dari Pulau Reunion adalah Gula. Hasil bumi lain adalah beras dan tebu.
5. Bagi pekerja pejabat di Pulau Reunion, waktu rehat mereka adalah 2 jam setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang. Wah, ini memang menarik!
6. Lokasi Pulau Reunion berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menjadikan iklim di pulau ini tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru pulau ini menjadi tumpuan pelancong dari Eropah untuk bercuti sambil berjemur di pantai.
7. Oleh kerana pulau ini masih di bawah pemerintahan Peranchis, matawang rasmi di Pulau Reunion adalah Euro dan menjadi matawang rasmi untuk kegunaan transaksi harian di pulau ini. Meskipun begitu, matawang US Dollar juga diterima di beberapa hotel dan restoran ‘high class‘ di pulau ini.
8. Pulau ini juga memiliki gunung berapi masih aktif yang diberi nama Piton de la Fournaise. Merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, Piton de la Fournaise direkodkan telah meletus sebanyak 150 kali sejak abad ke 17.
pulau-reunion-4
Letusan terkini dari gunung berapi ini adalah pada tahun 2007 dan telah menghasilkan pemandangan menarik dari jauh.
pulau-reunion-3
Sewaktu tiba di sini, para pelawat perlu mendaki anak tangga yang membawa mereka jauh ke atas. Disepanjang laluan beberapa kawah (craters) akan ditemui sebelum melalui jalan yang membawa ke bahagian yang lebih tinggi.
9. Salah satu tarikan utama di Pulau Reunion adalah bassin des Aigrettes.
pulau-reunion-6
Merupakan kolam air semula jadi dengan air terjun mengalir dari atas terus ke dalam kolam, ia bakal menawarkan pengalaman berbeza untuk mereka yang berkunjung ke sini.
10. Bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tak kalah dari segi keunikan dan keindahannya.
pulau-reunion-2
Jika anda meminati hiking, di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah air terjun yang turun dari celah bukit ke jurang, melihatcanyon yang dalam, gunung berapi aktif serta berjalan di lereng bukit menuju ke lokasi menarik antaranya Le Maido, atau sekadar memandu di jalan raya yang di bina atas air di sekeliling pulau ini.
pulau-reunion-1
Jadi kini anda sudah tahu, Pulau Reunion bukanlah sebuah pulau yang sepi tetapi sebaliknya kaya dengan alam semula jadi dan nilai sejarah. Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi, Pulau Reunion sewajarnya menjadi satu lagi destinasi dalam ‘bucketlist’ anda.
01:28 | 4 comments

KJ tak boleh terima pegawai SPRM ditukar

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa kecewa terhadap pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

"Jangan kerana ada agenda, kita sanggup meruntuhkan apa sahaja institusi yang ada.

"Saya tidak sanggup membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu (berlaku)," kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu mengulas pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik mereka, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut.

Kedua-dua mereka ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.

SPRM sedang menyiasat kes berprofil amat tinggi dan Bahri pernah bersumpah atas nama Allah untuk mencari "dalang" yang mengganggu pegawai agensi antirasuah berkenaan.

Rohaizad pula semalammenerima kunjungan wakil partipembangkang di ibu pejabat agensi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-64 Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kuala Lumpur malam tadi, Khairy berkata beliau difahamkan salah seorang pegawai itu dipindahkan mungkin hanya kerana menerima kunjungan pembangkang.

Rakyat kian tak percaya

Tambahnya tindakan memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya akan merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan  agensi berkenaan.

Tegasnya, kebebasan untuk menjalankan tugas perlu dikembalikan kepada SPRM agar institusi itu tidak dilihat lemah sehingga menimbulkan reaksi dan persepsi buruk di mata masyarakat.

“Saya harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mestilah berhenti.

“Saya tidak boleh terima institusi seperti SPRM pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM bagi saya melemahkan institusi itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan menukar pegawai SPRM itu sangat tidak adil sehingga akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau tindakan sebegini diteruskan, maka kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan menjadi lebih teruk.

"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan, jangan sesekali kita serang institusi ini,” katanya.
01:20 | 1 comments

10 Tip Menjadi Pelajar Hebat

Tips jadi pelajar hebat
1. JANGAN ASYIK STUDY
Kalau hidup habis dekat library, asyik menyendiri baca buku sorang-sorang, tak berkawan dan tak tegur sapa, itu satu hidup yang sedih dan bosan.
Waktu habiskan kedoktoran dekat Hong Kong dulu, supervisor saya selalu pesan jangan study banyak sangat.
Kena bersukan. Main badminton, main bola, jogging dan sebagainya. Hidup kena ada balance. Satu pembaziran usia sekiranya zaman universiti dihabiskan dengan menghafal buku teks semata-mata.
2. FAHAMI SKEMA PEMARKAHAN
Kena faham. Lain subjek lain gaya dan stail pemarkahan. Fahami juga perangai dan style guru yang tanda paper tu.
3. MARKAH HANYA ANGKA
Belajar rajin dan beri yang terbaik. Abaikan markah. Apa yang anda dapat selepas berusaha bersungguh-sungguh, tuhan yang bagi. Kena redha. Asalkan dah usaha, guru sentiasa bangga dengan anda.
4. SEDAR DIRI
Kenali diri anda. Lain orang lain waktu dan cara fokusnya. Check balik waktu yang anda dapat konsentrasi lebih.

5. BAGI PERHATIAN
Kalau nak tidur, tidur kat hostel jelah. Dah datang kelas tu bagilah sepenuh perhatian. Pupuk minat suka ilmu. Supaya tak bosan, participate. Angkat tangan dan tanya soalan. Berborak dengan guru waktu tutorial. 2 ways communication baru tak bosan.
6. BE PREPARED
Kena datang bersedia. Baru seronok belajar. Jangan buat kerja rumah lekeh-lekeh.
7. STUDY SMART & HARD
Jangan study cara orang malas. Dua jam belek buku teks sambil baring atas katil ialah cara orang malas. Dan bosan. Bukan masuk pun.
Lebih baik study sekitar 20 minit ke setengah jam tapi secara aktif dan bijak. Buat nota ringkas, belek soalan exams tahun dulu dan sebagainya.
Jangan belajar dalam kelas. Sebelum masuk kelas, belajar dan baca topik tu siap-siap. Belajar dan kerja rajin tak cukup.
Orang paling rajin, gajinya paling sikit. Orang paling rajin ialah buruh dan maid. Gaji mereka paling sikit sedangkan kerja letih dan banyak. Kena study smart and hard.
8. NETWORK
Pelajar yang nak pergi jauh patut ada kemahiran bersosial. Belajar cara komunikasi yang betul dan cara berurusan dengan orang.
Belajar speaking sikit. Jangan segan bila orang gelak.
9. PLANNER
Pejam celik dah tua pastu mati. Sayangnya. Jangan gitu. Rancang hari anda. Gunakan masa secara bijak. Jangan asyik main game saja. Dan jangan asyik menonton saja. Kena ada keseimbangan.
If you fail to plan, you plan to fail.
10. BELAJAR HORMAT ORANG
Jangan kurang ajar. Jangan maki hamun guru dan kutuk-kutuk dan gelakkan orang lain. Cermin diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain dan guru cermin diri. CGPA tinggi pun kalau biadap dan takde akhlak, tiada gunanya.
Jangan sombong pasal rasa kita anak orang kaya. Some students are so poor that they have nothing except money. Jangan jadi begitu.
Pelajar yang layan guru macam sampah, pelajar tu sendiri jadi sampah. Usah begitu.

00:37 | 1 comments

Nissan 350Z Kepunyaan Drift King Dalam Fast & Furious Tokyo Drift Dijual Pada Harga RM903k

Masih ingat dengan filem The Fast and The Furious: Tokyo Drift? Jika ya anda pasti mengingati kereta kereta drift yang diguna pakai dalam filem tersebut. Antara yang menjadi perhatian ialah Nissan 350Z yang diguna pakai oleh Takashi (Drift King) dalam filem itu. Kini drift machine itu dijual pada harga £149,995 (RM903,282)!
Cheshire Classic Cars menjadi pihak yang bertanggungjawab menjual Nissan 350Z 2012 tersebut. 350Z ialah kereta performance sebenar yang dituned oleh Veilside untuk filem tersebut. Ia hadir dengan APS twin turbocharged yang mampu menjana kuasa 280 hingga 430hp dengan 583Nm torque dengan plate clutch berkembar NISMO.
Bahagian luar kereta ini masih lengkap dengan Wide Bodykit Veilside V3 dandecal asal. Bahagian dalam pula dilengkapi dengan tempat duduk sports bucketdan steering Sparco. Nissan 350Z ini di setting untuk kegunaan drift dan pembeli boleh mengubah kepada spesifikasi asal.
Dengan harga hampir RM1juta, anda boleh memiliki kereta drift yang mempunyai mileage hanya 9,800km. Selain itu, kereta ini didatangkan dengan dokumen lengkap untuk bukti keasliannya dan boleh digunakan untuk kegunaan atas jalan raya.

10:21 | 5 comments

Popular Posts

Welcome Guys