Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[BILA TENGOK KEPALA LORI TERMAHAL DI DUNIA] Teringat kepada Sultan TERBAIK Di Malaysia Mungkin Juga DI DUNIA

CELAH GELEGAR
[BILA TENGOK KEPALA LORI TERMAHAL DI DUNIA] Teringat kepada Sultan TERBAIK Di Malaysia Mungkin Juga DI DUNIA

Beberapa hari lalu, impian Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar memiliki trak 'Mack' termahal di dunia tercapai dengan majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane.
 
Kepala Lori TERMAHAL di Dunia

Maka ramailah rakyat yang merasa bangga dengan kejayaan Sultan mereka. Tidak kurang juga yang tidak senang dengan kemewahan yang dikatakan melampau-lampau. 



Apapun pandangan rakyat, yang pasti apabila melihat kepala lori termahal di dunia itu, pasti kita akan terbayangkan seorang Sultan yang terbaik di Malaysia atau mungkin juga terbaik di dunia pada ketika ini. Beliau sangat zuhud dan alim yang pastinya sangat sukar di cari seorang Sultan yang sedemikian rupa pada zaman ini.

Perkongsian daripada seorang warga Kelantan bernama Wan Norhaziki seperti berikut:



Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.



Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa. Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.




Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan. Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan sebelum ini (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi. Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.




Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya. Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah. Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar Sultan, baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.



Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, hari ini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia. "Allahuakbar".
Mahalnya tidak boleh dicari ganti, walau dibandingkan dengan beribu-ribu kepala lori.



1 comments:

Unknown said...

BANDAR TOGEL KODE MIMPI (INGAT KOPI INGAT KODE MIMPI)

Versi PC : http://www.kodemimpi.com/
Versi Android : wap.kodemimpi.com

Sangat Bagus Untuk Bandar Darat…

- 4D dan 3D Berlaku Prize I,II & III Untuk Pasaran :
-Singapore (Kecuali Senin Dan Kamis Tidak Berlaku)
-Hongkong
-Orchard
-Sydney
-Aston
- Diskon 65%,58% Dan 28%
- First Deposit 10% Max Rp.50.000
SUPPORT BANK : BCA – MANDIRI – BNI – BRI
Minimal DEPO & WD Rp 50.000.-

ONLINE CHAT SUPPORT KAMI :
Call Centre : +(855)973790195
BBM : 5EFAE15B
Mail : Kodemimpi@yahoo.com

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.