Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DIA JE BIJAK, NAJIB DAN HADI AWANG BODOH!!!

SEMUT HITAM
DIA JE BIJAK, NAJIB DAN HADI AWANG BODOH!!!
Ye la. Nak buat macam mana ye tak. Dia belajar sampai ke luar Negara. Mana ada orang kampung macam kita ni yang sampai taraf sama macam dia. Dia sorang je yang bijak. Yang lain semua bodoh belaka.

Kalau kita baca dan amati kenyataan yang disiarkan semalam, memang nampak sangat Si Saifuddin ni dah menjadi semakin sombong dan bongkak. Sifat keangkuhan dia semakin menjadi - jadi.

Kiranya macam di Malaysia ni hanya dia sorang je yang Paling Bijak. Sampai tahap Si Rafizi tu pun tak mampu nak menyaingi dia. Ye la. Siapa yang boleh lawan dengan Pengkhianat, ye tak?

Dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman blog SuaraPakatanDaily.com, Si Saifuddin tu mendakwa 'Agenda Melayu' ni dah ketinggalan zaman. Melayu ni dah jadi agenda 'Lama'.

Lama mana, kita tak pasti la pulak. Tapi kiranya, apa yang dia cuba sampaikan, agenda orang Melayu yang nak mempertahankan hak mereka ni dah jadi agenda 'Lapuk' dan tak relevan.

Dia kata, hanya golongan pemimpin atasan dan sebahagian besar pemimpin peringkat pertengahan yang masih berfikiran bahawa rakyat tidak sedia nak melihat perubahan dari segi Politik.
Saya fikir rakyat Malaysia sudah banyak yang sedia untuk berubah tapi yang tidak sedia ini di atas atau yang di tengah,” katanya dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di Dewan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
Tapi Si Saifuddin ni sedar atau tidak. Mungkin dek kerana rakyat diperingkat bawahan dah bersedia nak melihat perubahan itulah yang menyebabkan dia GAGAL nak kekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.

Hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Saifuddin tu hanya sekadar satu langkah justifikasi kepada kedudukan dia yang telah dilabelkan sebagai Pengkhianat kepada parti pada ketika ini.

Jadi, tak payah la Si Saifuddin tu nak tunjuk yang dia bagus sangat. Disebalik segala kebijaksanaan yang dia tonjolkan tu terdapat ke-BODOH-an yang memang dia sendiri tak dapat nak sembunyikan. 

Hakikatnya, dia KALAH dalam Pilihan Raya Umum yang lalu akibat pengabaian terhadap rakyat dikawasan dia sendiri. Mungkin itulah yang dia maksudkan sebagai 'Nak Mencapai Objektif Lebih Tinggi dalam Politik'!!! Mungkin itulah 'Perubahan' yang dimaksudkan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.