Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FB Datuk Jamal Sokong Kenaikan Kadar Tol Jadi Viral, Untuk Kurangkan Kesesakan Lalulintas

CELAH GELEGAR
FB Datuk Jamal Sokong Kenaikan Kadar Tol Jadi Viral, Untuk Kurangkan Kesesakan Lalulintas

SHAH ALAM- ‎"Bukan Facebook saya, itu fitnah," demikian respons ringkas Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunos ketika ditanya mengenai kesahihan 'postingnya di Facebookknya' berkenaan isu kenaikan harga tol semalam.

Terdahulu, pagi ini satu keratan kenyataan 'Facebook Jamal' menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.

Antara petikan kenyataan itu adalah mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya.

"Kenaikan kadar tol berkuatkuasa pada Khamis ini adalah satu langkah untuk kurangkan kadar lalu lintas dan kemalangan jalan raya, jangan cepat melatah dan mendengar tohmahan-tohmahan daripada pembangkang yang terang sengaja burukan kerajaan.

"Selain membayar cukai kepada kerajaan, membayar tol juga adalah satu jihad! Ingat BN ingat kejayaan," petik kenyataan Facebook tersebut.

Sementara itu ketika ditanya adakah itu satu cara orang tertentu untuk menjatuhkannya, Jamal tidak menafikan perkara tersebut.

"Ya betul, itulah cara mereka," katanya kepada Sinar Online.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.