Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JIJIK DENGAR DIA SEBUT PASAL 'JUJUR DAN DISIPLIN'!!!

SEMUT HITAM
JIJIK DENGAR DIA SEBUT PASAL 'JUJUR DAN DISIPLIN'!!!
Heh! Memang silap orang la kalau dia yang nak bercakap pasal soal 'Kejujuran' dan 'Disiplin' dalam amalan Politik sedangkan dia sendiri pun tak buat benda yang dia sendiri luahkan.

Maka sebab itulah kenyataan yang Si Khalid Samad tu keluarkan sebelum ini telah ditempelak dan dibidas oleh pemimpin - pemimpin PAS yang telah dikhianatinya sebelum ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat disebut oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu tidak mencerminkan kapasitinya dalam Pakatan Harapan.
"Untuk dia letak syarat begitu 'jujur dan berdisiplin', dia perlu jadi 'seseoranglah' yang (berpangkat) dalam Pakatan Harapan."Bagi kita Pakatan Harapan, PAS tidak ada apa-apa hubungan. Kami tidak ada apa-apa hutang. Kami tidak ada apa-apa perkara dengan Pakatan Harapan walaupun PKR bersama Pakatan Harapan tetapi hubungan PAS hanya dengan PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi di sini tadi.
Khalid yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini telah menyambut baik hasrat PKR yang masih berharap penyertaan PAS ke gagasan pembangkang yang baru itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Si Khalid Samad selepas PKR mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan untuk terus berharap dapat 'memancing' PAS ke dalam Pakatan Haprak tu.

Susulan daripada kenyataan itu, Takiyuddin membayangkan Si Khalid itu mungkin terlalu ghairah dalam memberi kenyataan dan dilihat mendahului Wan Azizah Wan Ismail dalam banyak hal. 
"Tak apalah. Mungkin dia isytihar diri dia sebagai Presiden Pakatan Harapan, anda tanya dia la. Saya tidak tahu apa jawatan dia dalam Pakatan Harapan ini, boleh jadi presiden ke?" katanya.
Kesimpulannya, Si Khalid Samad tu sebenarnya Tak Layak nak ajar orang lain sedangkan dia sendiri pun tak pernah Jujur dan Berdisiplin sewaktu menjadi pemimpin PAS sebelum ini. Setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.