Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[KECOH, BEREBUT SAMPAI PANJAT TEMBOK] Jualan gudang Vincci dibatalkan

CELAH GELEGAR
[KECOH, BEREBUT SAMPAI PANJAT TEMBOK] Jualan gudang Vincci dibatalkan

KUALA LUMPUR: Jualan gudang kasut jenama Vincci yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober telah dibatalkan ekoran faktor keselamatan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Vincci di laman Facebook mereka hari ini.

Jualan gudang yang terletak di Glenmarie Shah Alam itu mula dibuka pada hari ini pukul 10 pagi tadi dan dikunjungi ribuan pembeli yang rata-ratanya wanita.

Situasi menjadi kecoh apabila ada pengunjung yang memanjat tembok dan mengetuk pintu gudang semata-mata mahu mendapatkan kasut pilihan masing-masing.


Pengguna media sosial @NiedaHasnida berkongsi video yang memaparkan keghairahan pengunjung yang cuba memasuki gudang tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan tersebut sebagai ganas dan tidak bertamadun.

Ada di antara menyifatkan ia sebagai satu perhimpunan yang lebih ganas daripada himpunan Bersih mahupun Baju Merah.




0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.