Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PANAS MEMBARA] Bekas presiden MCA gesa Najib letak jawatan

CELAH GELEGAR
[PANAS MEMBARA] Bekas presiden MCA gesa Najib letak jawatan

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik juga menyeru peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, lapor Malaysiakini. 

Portal berita itu melaporkan, beliau bersetuju dengan bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana Najib "mengambil duit orang lain dan memasukkannya ke akaun peribadi". 

"Saya bersetuju dengan Dr Mahathir, sebab dia ambil duit orang masuk dalam akaun peribadi dia," Ling dipetik sebagai berkata pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. 

Dr Mahathir kini merupakan pengkritik utama Najib kerana perdana menteri dianggap gagal menguruskan negara dan terpalit dengan skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Najib juga gagal menjawab bagaimana "derma RM2.6 bilion" masuk ke dalam akaun peribadinya. 

Sebelum ini, dua pemimpin veteran MCA menggesa Najib meletakkan jawatan apabila mengatakan sudah tiba masanya untuk 7 ahli Parlimen Cina parti itu memikirkan secara serius apakah sokongan terhadap perdana menteri dapat dipertahankan. 

Tan Foong Luen, yang merupakan pemimpin MCA Negeri Sembilan dan juga ahli Biro Perundangan Bahagian Seremban berkata, ahli Parlimen termasuk 3 menteri dalam Kabinet, perlu meletakkan keutamaan kepada rakyat dan negara berbanding Najib. 

Beliau memberitahu The Malaysian Insider, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), termasuk 7 daripada MCA perlu melakukan perkara betul – menjatuhkan Najib tetapi mempertahankan kuasa gabungan pemerintah itu untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan lebih baik. – 3 Oktober, 2015, TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.