Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2014 Visit- Presiden Obama kata Malaysia akan maju hanya apabila tiada lagi diskriminasi terhadap kaum minoriti, 2015 Visit - Minta bagi hak LGBT

CELAH GELEGAR
2014 Visit- Presiden Obama kata Malaysia akan maju hanya apabila tiada lagi diskriminasi terhadap kaum minoriti, 2015 Visit - Minta bagi hak LGBT

Apabila Presiden Obama dilapor mengatakan Malaysia akan maju hanya apabila tiada lagi diskriminasi terhadap kaum minoriti, beberapa perkara timbul di dalam pemikiran – apakah diskriminasi di Malaysia yang beliau maksudkan?
1. Ketika berlaku peristiwa Rosa Parks 1955 di Amerika Syarikat, wanita tersebut dipaksa bangun untuk memberi tempat duduk kepada seorang bangsa kulit putih semata-mata kerana beliau berkulit hitam. Keberanian beliau menolak paksaan tersebut telah menjadi inspirasi kepada gerakan sivil di negara Amerika.
Pada tahun yang sama, Persekutuan Tanah Melayu baru sahaja selesai Pilihanraya Umum Pertama dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Sebuah jemaah menteri telah dibentuk dan 4 daripada 13 kerusi menteri diberikan kepada bangsa bukan melayu (V T Sambathan, Colonel H S Lee, Ong Yoke Lin, Tan Siew Sin). Mereka memegang portfolio penting Persekutuan Tanah Melayu ketika Amerika Syarikat masih mengamalkan prinsip segegrasi perkauman yang hanya mulai dimansuhkan secara rasmi pada Disember 1956. Ketika negara Amerika Syarikat masih membincangkan bolehkah bangsa kulit hitam duduk di sebelah bangsa kulit putih di dalam bas, Persekutuan Tanah Melayu telah melihat bangsa Cina dan India duduk bersama sebagai jemaah menteri.
2. Ketika perlaksanaan polisi integrasi masih menjadi isu hangat di Amerika Syarikat tahun 70an dan 80an, kita di Malaysia sudahpun hidup dalam keadaan tenang dan harmoni. Di sekolah rendah, cikgu matematik saya berbangsa India. Cikgu bahasa melayu saya semasa darjah satu adalah berbangsa cina. Tempat ayah saya beli suratkhabar adalah dari kawan rapat beliau yang berbangsa India. Tempat ayah saya bawa saya minum pagi adalah di restoran cina – dengan menu biasa air teh dalam cawan klasik sambil makan telur separuh masak, saya belajar memandu kereta dari kawan ayah saya berbangsa cina yang menyewa dari deretan kedai kepunyaan arwah datuk saya, kadang-kadang makan malam nasi goreng Cina di restoran Mee Fong atau minum air longsoi di kedai cina depan masjid batu gajah (tak ingat nama). Kadang-kadang makan tengahari di rumah mendiang Puan Bala atau lepak di tepi rumah Cikgu Soon yang semua takut sebab khabar angin mengatakan beliau pernah karate seorang pelajar beliau. Itu hanya sedikit dari cerita pengalaman sewaktu saya membesar di Batu Gajah. Belum cerita pengalaman hidup di Sarawak lagi.
3. Bangsa minoriti di Amerika Syarikat masih memerlukan “affirmative action”. Namun 5 hari lepas, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memutuskan bahawa perubahan perlembagaan Michigan yang menghalang “affirmative action” yang boleh membantu golongan bangsa kulit hitam dan hispanik mendapat tempat di universiti adalah dibenarkan. Keputusan 6-2 Mahkamah Tinggi ini bermakna golongan minoriti tersebut akan lebih sukar mendapat tempat di universiti (http://www.nytimes.com/2014/04/23/us/supreme-court-michigan-affirmative-action-ban.html). Bagaimana pula di Malaysia? Lim Kok Wing ada universiti beliau yang tersendiri. Di Amerika Syarikat, polisi “affirmative action” dilaksanakan untuk memastikan kaum minoriti mendapat hak yang sama dengan kaum majoriti (bangsa kulit putih) dalam semua aspek kerana mereka yang ketinggalan. Di Malaysia, polisi “affirmative action” diperlukan untuk memastikan kaum majoriti tidak ketinggalan dalam aspek ekonomi dibandingkan dengan kaum minoriti kerana di Malaysia realitinya bangsa bumiputera yang ketinggalan.
Banyak lagi contoh di Malaysia dan sejarah membuktikan bahawa bangsa bumiputera di Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah bangsa yang paling bermurah hati dan mudah bertolak ansur berbanding bangsa kulit putih di Amerika Syarikat. Jangan sesekali kita berasa rendah diri dengan Amerika Syarikat dalam hal ini.
Ya, Obama berasal dari bangsa berkulit hitam dan beliau boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat. Tetapi beliau telah menganut pemahaman agama, berbahasa dan berfikiran politik berdasarkan teras bangsa majoriti di Amerika Syarikat. Jika ada individu dari kalangan bangsa minoriti di Malaysia yang menganut agama Islam, fasih berbahasa Melayu dan boleh tulis jawi serta berkebolehan untuk memimpin, saya tidak melihat salahnya kalau individu tersebut boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia.
Kita juga tidak nafikan masih lagi ada ruang yang banyak untuk memperbaiki struktur pengagihan kekayaan negara di Malaysia tetapi isunya bukan diskriminasi. Isunya adalah perlaksanaan sistem dan polisi dari segolongan pihak di dalam parti pemerintah yang tidak mengutamakan ketakwaan sebaliknya mengumpulkan harta berasaskan perasaan tamak haloba. Yang memburukkan lagi keadaan, beberapa pihak dari kalangan musuh politik mengambil kesempatan dan menyalahkan seluruh bangsa majoriti kononnya menindas bangsa minoriti. Mereka lalu mencipta “suasana baru” kononnya tiada keharmonian kaum dan penindasan berlaku sejak merdeka. Mungkin versi ini yang Obama ambil dan baca.
Kalau benar, itulah ucapan yang beliau patut ungkapkan ketika melawat negara haram Israel, bukannya ketika melawat Malaysia.
p/s: Artikel ini ditulis semasa lawatan OBAMA pada tahun lepas 1 Mei 2014
Hari ini kita lihat apa OBAMA minta?
Hormati hak golongan LGBT dan perkahwinan sejenis! Gila!
Screenshot 2015-11-21 18.27.31
-Abu Ameen-
Arab Saudi

Sumber: focus

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.