Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK NIK AZIZ "SEKOLAHKAN" BEKAS TOKEY BALAK!!!

SEMUT HITAM
ANAK NIK AZIZ "SEKOLAHKAN" BEKAS TOKEY BALAK!!!
Walaupun Si Husam tu dianggap seorang pengikut tegar Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, tapi nampak gayanya dia sedikit pun tak mewarisi sifat - sifat Nik Aziz dalam menegur parti sendiri.

Sebaliknya, Si Husam tu lebih suka melondehkan pucuk pimpinan yang dianggap tidak sehaluan dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan UMNO secara terang - terangan.

Dengan menggunakan alasan KONONnya perkara itu merupakan wasiat tunggal yang ditinggalkan oleh Allahyarham Nik Aziz, Si Husam tu anggap dia tidak melakukan sebarang dosa.

Tapi Si Husam tu lupa mengenai istiqomah yang perlu dimiliki oleh setiap ahli PAS agar dapat memastikan parti itu untuk terus kekal relevan dan dihormati serta disegani oleh orang luar.

Perkara berkenaan dinyatakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz apabila merujuk pendapatnya itu dengan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, Husam telah ‘memilih’ jalannya sendiri apabila dengan lantang dan berani membuat kenyataan terbuka yang mungkin pada dirinya dianggap sebagai satu tindakan yang betul.
“Datuk Husam bawa jalan dia, dia kenal saya, saya kenal dia, dia dah pilih jalan dia jadi kita lihatlah apa berlaku. Dalam Pas ini bagi kita yang kekal dan istiqamah itu akan selamat dengan Pas,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen pada Isnin.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai serangan demi serangan yang dibuat oleh Husam terhadap parti termasuk mendakwa Presiden Pas cuba membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

Husam juga menyatakan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataan yang dibuat olehnya itu. Tapi ternyata, cabaran yang dibuat oleh Si Husam tu hanya memakan dirinya sendiri.

Sekarang bila semua pihak mula mencabar suruh dia angkat lafaz sumpah talak tu bagi membuktikan tuduhan yang dibuat, terus Si Husam tu terdiam. Kenapa dia tak teruskan dengan lafaz sumpah talak tu? Takkan dia dah hilang buah kerandut dia sendiri kot!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.