Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

APA DAH JADI SUMPAH LAFAZ TALAK HUSAM???

SEMUT HITAM
APA DAH JADI SUMPAH LAFAZ TALAK HUSAM???
Pelik jugak dengan Si Husam Musa ni. Masa dia bercakap dalam sesi dialog 'Demo Tanyo Ambo Jawab' tu bukan main SOMBONG lagi lagak dia. Bercakap macam dia je yang ada kuasa. 

Habis semua orang diperlekehkannya. Sampai tahap sanggup dia menggadaikan isteri dia sendiri sebagai bahan Politik Murahan demi untuk mendapatkan sokongan dari kalangan ahli - ahli PAS.

Si Husam tu siap buat cabaran untuk membuktikan yang dia bercakap benar mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap kepimpinan PAS sebelum ini. Malah dia sanggup angkat Sumpah Lafaz Talak.

Tapi sejak dua tiga hari selepas dia mengemukakan cabaran dan disindir oleh Hadi Awang, puas jugak la kita cari cerita susulan mengenai perkara tersebut. Nak tau jugak apa respon Si Husam tu.

Malangnya, takde pulak kita jumpa sebarang komen dari Si Husam tu terhadap sindiran yang telah dibuat oleh Hadi Awang yang mencabar dia balik untuk angkat sumpah lafaz talak tu.

Sebaliknya, Si Husam tu hanya sekadar mendiamkan diri dari memenuhi cabaran yang dia buat bagi menegakkan Kebenaran. Tup - tup hari ni, Si Husam tu muncul dengan cerita lain pulak.

Kata Si Husam, dia bersedia nak berdebat dengan Mustafa Ali berhubung semua dakwaan yang dibuat sebelum ini terhadap kepimpinan PAS Pusat termasuk cerita pasal nak bergabung dengan UMNO.
KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan Pengarah Pilihan Raya Pusat, Datuk Mustafa Ali termasuk sesiapa sahaja dalam isu pertemuan Pas dan Umno.


Husam berkata, peluang berdebat dengan guru politik sehebat Mustafa ataupun Cikgu Pa itu adalah satu penghormatan kepada beliau.
Habis, apa jadi pada sumpah talak yang dia nak buat sebelum ini? Bila agakya Si Husam tu nak memenuhi cabaran yang telah dibuat? Atau, adakah dia sendiri TAKUT nak penuhi cabaran tersebut?

Rupanya, pemimpin Pakatan Haprak ni memang macam tu perangainya. Bila diorang dah buat cabaran, diorang TAKUT nak penuhi cabaran tersebut. Sebaliknya, diorang akan cari alasan lain untuk mengelakkan diri. Cakap je pandai diorang ni, tapi buatnya Tak Berani!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.