Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BAIK SI MAHFUZ BEAN TU JAGA KAWASAN DIA DULU!!!

SEMUT HITAM
BAIK SI MAHFUZ BEAN TU JAGA KAWASAN DIA DULU!!!
Sayang sangat Si Mahfuz Bean ni dengan Si Husam tu rupanya. Sampai tahap sanggup dia membidas kenyataan yang telah 'difatwakan' oleh Dewan Ulama PAS tu secara terang - terangan.

Kata Si Mahfuz, tindakan mendesak Si Husam hanya kerana mahukan 'ketelusan' dari pucuk pimpinan PAS adalah tidak rasional dan ianya akan memberi kesan buruk kepada parti itu.

Bahkan kata Mahfuz, adalah tidak wajar untuk menganggap Husam sebagai Pengkhianat hanya semata - mata kerana mahu kepastian mengenai isu - isu yang telah dibangkitkan sebelum ini.
"Kalau kerajaan negeri rasa apa yang dikatakan Husam salah dan tak betul, mereka harus ambil tindakan undang-undang pada Husam. Kerajaan negeri kena bersihkan nama mereka sama ada benar atau tidak apa yang didakwa Husam. Kalau tak benar, kena bersihkan imej kerajaan negeri dan Husam perlu diambil tindakan undang-undang. Ini soal integriti," katanya.
Terpulang la kepada Si Mahfuz Bean tu sama ada dia nak membela Si Husam tu dari dilabelkan sebagai Pengkhianat kerana mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri.

Namun sebaliknya, apa yang lebih penting bagi Si Mahfuz Bean tu ialah untuk menjelaskan mengenai situasi yang kini sedang berlaku dikawasan Parlimen dia sendiri seperti yang didedahkan semalam.

Persoalannya, adakah benar dakwaan yang dibuat oleh puak - puak Pengkhianat Kedah tu apabila mereka mendakwa seramai 300 orang ahli PAS kawasan Pokok Sena tu mahu keluar parti?

Dan sebagai seorang pemimpin PAS, apa tindakan Si Mahfuz Bean tu terhadap dakwaan yang dibuat? Sekiranya dakwaan itu tidak benar, kenapa Si Mahfuz Bean tu tak ambik sebarang tindakan?

Daripada Si Mahfuz Bean tu sibuk nak mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS Pusat tu terhadap Husam, adalah lebih baik dia jaga kawasan dia sendiri. Kalau ahli ditempat dia pun tak mampu nak dijaga, tak payah la dia sibuk nak jaga Si Husam tu pulak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.