Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Barack Obama tiba di Malaysia hari ini

CELAH GELEGAR
Barack Obama tiba di Malaysia hari ini
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama melambai tangan sebaik keluar dari pintu pesawat Air Force One yang mendarat di Pangkalan TUDM Subang tepat 3.16 petang tadi. Obama berada di Kuala Lumpur bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-27. 
SUBANG: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur. 

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 3.20 petang dalam cuaca baik selepas hujan renyai-renyai.

Ini adalah lawatan kali kedua Obama ke Malaysia dalam tempoh kurang dua tahun selepas lawatan bersejarah Presiden AS ke-44 itu pada April tahun lalu. 

Obama yang berpakaian sut biru gelap kelihatan melambai tangan dengan karisma tersendiri sebaik keluar dan menuruni tangga pesawat Air Force One yang dikawal anggota keselamatan. 

PERSEDIAAN dan ketibaan pesawat Air Force One membawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Pangkalan TUDM, Subang, hari ini.

Presiden AS itu disambut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Duta Malaysia ke AS, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Duta AS ke Malaysia, Joseph Yun dan Duta AS ke ASEAN, Nina Hachigian.

Tahap kawalan keselamatan bagi menyambut ketibaan Presiden AS di pangkalan tentera udara itu diperketatkan dengan wakil media yang menunggu Obama, tiga jam lebih awal dari masa ketibaan, menjalani tiga tahap pemeriksaan identiti. 

Ia berikutan ancaman keganasan yang bertujuan mengganggu gugat perjalanan sidang kemuncak yang dihadiri pemimpin dari 18 negara itu selepas serangan militan IS di Paris, seminggu lalu. 

Sebaik turun dari pesawat Air Force One, Obama kelihatan bersalaman dengan mereka yang menunggu ketibaannya. 

Obama kemudian menaiki kenderaan khas Presiden AS, "The Beast" yang sedia menunggu di kawasan itu dikawal pasukan keselamatan presiden. 

Hari ini Obama dijadualkan mengadakan sesi Town Hall dengan alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu negara. 

Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-10 bermula esok sebelum berlepas pulang pada Ahad ini. 

Beliau juga dijadual memberikan ucapan di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) di ibu negara, esok. 

Obama sebelum ini menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Manila, Filipina. 

Kali terakhir lawatan Presiden AS ke Malaysia adalah pada 1966 di mana Presiden Lyndon Johnson ketika itu berusaha meraih sokongan serantau dalam kempen AS dalam perang Vietnam.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.