Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BEKAS PEMBANTU ANWAR BUAT LAPORAN NURUL IZZAH!!!

SEMUT HITAM
BEKAS PEMBANTU ANWAR BUAT LAPORAN NURUL IZZAH!!!
Bekas Pembantu Peguam Peribadi Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay telah membuat laporan polis ke atas Nurul Izzah berhubung pertemuannya dengan Puteri Kiram yang telah mengarahkan serangan ke atas Sabah.

Yuktes membuat laporan di balai polis Kelang pada Jumaaat dan berkata, perkara tersebut perlu disiasat bagi memastikan insiden berdarah di Lahad Datu tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Gambar Nurul Izzah bersema dengan Jacel Kiram memegang plakad bertulis 'RELEASE ANWAR IMMEDIATELY' yang dimuatnaik oleh Jacel Kiram di laman Facebook peribadinya telah menjadi viral.

Terdapat juga desakan dibuat oleh kepimpinan di Sabah agar pihak Kerajaan Negeri melarang Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjejakkan kaki ke Negeri itu lagi dimasa akan datang.

Malah ada juga desakan agar kerajaan khususnya KDN mengambil tindakan POTA atau SOSMA ke atas Nurul Izzah kerana bekerjasama dengan musuh yang telah membunuh rakyat negara ini.

Jacel Kiram sebelum ini turut menjadi jurucakap kumpulan tersebut dan cuba menipu dunia kononnya, lanun-lanunnya berjaya menguasai Sabah dan membunuh ramai anggota keselamatan Malaysia.
"Walaupun bapanya adalah dalang pencerobohan Lahad Datu, tidak dapat dinafikan bahawa Jacel mempunyai niat buruk kerana dia mahukan Sabah berpisah dari Malaysia dan menganggap negara kita sebagai pencuri."Tidak itu sahaja, 'Menuntut Sabah' adalah salah satu daripada janji-janji yang telah ditulis dalam manifesto pilihanraya untuk memenangi jawatan Senator di Filipina," kata Yuktes dalam laporan polisnya.
Gambar-gambar tersebut telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin politik apabila mereka mempersoalkan motif Si Nurul Izzah tu bertemu dengan Jacel pada 9 November di Filipina.

Dalam salah satu gambar, Nurul dilihat sedang makan malam dan bermesra bersama-sama Jacel dan seorang lelaki yang tidak dikenali, manakala dalam dua gambar yang lain, Nurul bergambar bersama-sama Jacel sambil memegang poster, 'Release Anwar Immediately'.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.