Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BODOH SANGAT KE KETUA PEMUDA AMK NI???

SEMUT HITAM
BODOH SANGAT KE KETUA PEMUDA AMK NI???
Aduhai!!! Apa la malangnya nasib geng - geng Anak Muda Kecoh ni ye tak. Dapat Ketua pun suka sangat guna Kepala Lutut. Keluar kenyataan media pun setakat memalukan diri sendiri je.

Mungkin geng - geng Anak Muda Kecoh tu bangga kot sebab diorang dapat seorang Ketua yang suka keluarkan kenyataan yang hanya sekadar mem-BODOH-kan diri dia sendiri macam ni?

Kot ye pun dia nak 'Menegakkan Benang Yang Basah', jangan la sampai menunjukkan ke-BODOH-an diri dia sendiri dikhalayak ramai. Nak keluarkan kenyataan pun biar la cerdik sikit.

Jangan la Si Ketua Pemuda AMK tu ingat seluruh rakyat di Malaysia ni sama BODOH macam dia sehingga tak tau yang YaPEIM tu ada buat urus niaga lain selain dari kutip duit zakat.

Tambahan pulak, YaPEIM tu bukannya sebuah badan yang boleh kutip duit zakat. Yang diorang kutip hanya duit derma dari orang ramai selain dari menjalankan perniagaan Pajak Gadai Islam.

Lagi pun, mana Si Ketua Pemuda AMK tu tau sama ada Datuk Seri Jamil Khir menggunakan duit YaPEIM bagi mengambil tindakan saman terhadap Pengarah Syarikat NOW Sdn. Bhd. tu?

Si Ketua Pemuda AMK tu ingat Datuk Seri Jamil Khir ni 'Kokak' sangat ke macam syarikat yang berorientasikan Fitnah tu sampai tahap terpaksa MENIPU rakyat untuk meraih keuntungan?

Dalam erti kata mudahnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Pemuda AMK semalam pun dah nampak sangat yang dia tak kaji dulu fungsi kewujudan YaPEIM tu sebelum dia keluarkan kenyataan.

Dek kerana rakan dia dari Syarikat NOW Sdn. Bhd. tu tengah terkial - kial untuk menolak saman fitnah yang telah difailkan terhadap dirinya sebelum ini, jangan pulak dia yang mem-BODOH-kan diri sendiri.
Jangan dia cuba nak tutup cerita fitnah dengan menabur fitnah lain terhadap sesama Islam. Itu pun kalau Si Ketua Pemuda AMK tu dari kalangan orang yang beragama Islam la. Kalau bukan, lain la cerita.

Secara tak lansung, tindakan yang dilakukan oleh Si Ketua Pemuda AMK tu membuktikan bahawa rakan sekutu dia dari syarikat NOW Sdn. Bhd. tu tengah terdesak untuk meraih Publisiti Murahan.

Setidak - tidaknya, baca la dulu serba sedikit mengenai YaPEIM tu sebelum dia nak buat tuduhan atau menyindir Menteri yang didakwa terlibat dalam isu yang didedahkan sebelum ini. Paling tidak, dapat jugak dia mengelakkan diri dari hilang kemaluan dikhalayak ramai!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.