Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

China ambil kesempatan serangan di Paris, cadang ‘militan’ muslim Uighur dijadikan sasaran seterusnya

CELAH GELEGAR
China ambil kesempatan serangan di Paris, cadang ‘militan’ muslim Uighur dijadikan sasaran seterusnya

BEIJING, Isnin – Mengambil kesempatan atas kejadian siri serangan di Paris baru-baru ini, China menggesa kuasa dunia untuk memberi tumpuan kepada kumpulan ‘militan’ muslim Uighur sebagai salah satu usaha membanteras keganasan di peringkat global.
Menteri Luar China, Wang Yi mendakwa kematian yang berlaku di Xinjiang adalah berpunca daripada kumpulan ‘militan’ muslim Uighur.
Dakwanya lagi, ‘militan’ itu diketuai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM), sebuah kumpulan yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.
Terdahulu, China telah melaporkan bahawa terdapat segelintir penduduk Uighur telah pergi ke Syria dan Iraq untuk berperang dengan militan IS dan kumpulan lain.
Beliau bercakap demikian di luar sidang kemuncak G20 yang diadakan di Turki pada hari Ahad, lapor agensi berita Xinhua.
“Peranan utama PBB sepatutnya ditumpukan kepada memerangi keganasan, dan kebersatuan dalam hal ini perlu dibentuk,” kata Wang.
“China juga ‘mangsa’ keganasan dan langkah menentang ETIM harus menjadi bahagian penting dalam perjuangan antarabangsa terhadap keganasan,” katanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Washington meletakkan ETIM dalam senarai pertubuhan pengganas selepas serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, ramai pakar asing ragu-ragu kewujudan ETIM sebagaimana yang didakwa oleh China.
Kumpulan hak asasi mengatakan keganasan berpunca daripada kebencian meluas di kalangan etnik Uighur lebih kepada kawalan orang-orang Cina pada agama dan budaya mereka daripada kumpulan militan.
Xinhua berkata ETIM telah mengaku bertanggungjawab bagi tiga serangan baru-baru ini, termasuk kemalangan maut yang melibatkan kenderaan pada tahun 2013 di Beijing Tiananmen Square di mana lima orang meninggal dunia. 
– Agensi
-ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.