Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HAKIKATNYA, NURUL IZZAH 'ROBEK' LUKA LAMA!!!

SEMUT HITAM
HAKIKATNYA, NURUL IZZAH 'ROBEK' LUKA LAMA!!!
Berjumpa dan Bergambar tu satu hal. Tapi Si Nurul Izzah tu juga turut dilihat bermesra - mesra sambil menikmati jamuan bersama dengan Puteri Kiram itu yang tak boleh diterima!!!

Tak kira la apa alasan sekali pun yang diberikan oleh Si Nurul Izzah dan juga puak - puak Pakatan Haprak tu. Apa yang pasti, tindakan yang dilakukan telah membangkitkan semula kemarahan rakyat.

Kalau ye pun Si Nurul Izzah tu terdesak nak mencari rakan sekutu bagi menjayakan kempen menjaja 'Air Mata Buaya' dia, takkan dia sanggup melukakan hati dan perasaan penduduk di Sabah?

Ramai berpendapat tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai tidak menghormati rakyat Sabah dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan Negara.

Pengerusi BNBBC Sabah, Datuk Jusli Ajirol berkata, tindakan itu sangat memalukan, lebih-lebih lagi ketika laporan mengatakan seorang rakyat Malaysia dari Sarawak dibunuh oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina.
"Nurul Izzah perlu memohon maaf kepada rakyat Sabah di atas tindakannya bertemu Jacel H.Kiram," katanya kepada Bernama di sini, hari ini semasa mengulas gambar Nurul Izzah dan Jacel yang memegang poster Anwar, yang viral di laman sosial sejak semalam.
Jusli berkata, anak perempuan Jamalul Kiram itu adalah musuh negara, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013 selain tuntutan terhadap Sabah.
"Nurul Izzah perlu tahu bahawa Sabah masih lagi mengalami ancaman penculik dan pengganas dari Selatan Filipina kerana mereka masih menuntut Sabah, walhal kerajaan Filipina tidak mengiktiraf kesultanan Sulu," katanya.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh pula menyifatkan tindakan Nurul Izzah itu menggambarkan sikap pembangkang yang sanggup menggunakan apa sahaja peluang bagi kepentingan mereka.

Beliau turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Tereka Kok yang mempertahankan Nurul Izzah apabila menyifatkan tindakan bergambar itu tidak perlu diambil serius kerana isu Sulu bukan perkara baharu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.