Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga minyak naik selepas serangan di Paris

CELAH GELEGAR
Harga minyak naik selepas serangan di Paris

SINGAPURA: Kontrak hadapan minyak mentah dibuka agak kukuh pada awal dagangan Asia hari ini selepas serangan di Paris, tapi harga masih tidak jauh daripada paras terendah Ogos dan minyak serta komoditi lain dijangka terus diniagakan dalam tekanan. 

Kontrak AS bulan hadapan diniagakan pada AS$40.88 setong, naik 14 cents daripada penutupan sebelumnya manakala kontrak penanda aras global, Brent diniagakan pada AS$44.587 setong, naik 11 cents. 

Banyak aktiviti dagangan bagi kedua-dua kontrak berkenaan pada awal dagangan kerana pasaran agak cemas dengan apa yang berlaku di Paris pada Jumaat. 

"Harga tembaga dan minyak mentah dijangka terus dalam tekanan dalam jangka pendek," kata ANZ bank menerusi nota dagangan hari ini. 

Mengikut bank itu, harga minyak juga akan tertekan disebabkan faktor asasi. 

"Mengejutkan, pengeluar minyak AS mengaktifkan kembali pelantar mereka selepas dua bulan ditutup. 

Satu laporan menyebut bilangan pelantar minyak AS sudah menokok dua lagi kepada 574," kata ANZ tetapi menambah, pihaknya percaya persekitaran harga rendah akan menyebabkan pengeluar minyak AS menghentikan semula operasi dalam beberapa minggu lagi.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.