Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HUSAM DAKWA DIA DIUGUT PEMBALAK???

SEMUT HITAM
HUSAM DAKWA DIA DIUGUT PEMBALAK???
Ini satu pendedahan menarik ni. Betul ke keluarga Si Husam Musa tu menerima ugutan dari kalangan 'pembalak - pembalak' di Kelantan ekoran kelantangan dia mengutuk Rejim PAS Kelantan?

Jika semalam, pendedahan mengenai isu keluarga bekas Naib Presiden PAS tu diugut telah dibuat oleh Si Din Pudu melalui satu kenyataan yang telah disiarkan melalui laporan portal media.

Dalam kenyataan tersebut, Si Din Pudu tu mendakwa Husam memberitahu dia mengenai perkara itu menerusi panggilan telefon yang memaklumkan isterinya menerima ugutan melalui sms.


Semalam, Si Husam tu telah memuat-naikkan status didalam laman media sosial Facebook milik dia dan memaklumkan bahawa laporan Polis sudah pun dibuat terhadap ugutan tersebut.
"Ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali telah diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan (sms) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November. Ugutan itu ditujukan kepada saya.

"Pada hari yang sama saya dan isteri membuat laporan polis masing-masing di balai Jalan Tun Razak dan IPK, Kota Bharu.

"Berdasarkan kandungan pesanan sms, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri adalah punca ugutan itu diterbitkan.

"Dari enam teguran utama saya, tiga adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.

"Berdasarkan temu bual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis," jelas status tersebut.
Dari satu sudut, kita memang setuju agar pihak Polis dan juga SPRM membuat siasatan terhadap mereka yang terlibat, terutama sekali 'pembalak - pembalak' yang dimaksudkan Husam.

Tapi persoalannya, sejauh mana kesediaan Si Husam tu nak mendedahkan mengenai 'pembalak - pembalak' yang terlibat tu? Bukan apa, jika siasatan dibuat, takut nanti dia jugak yang terperangkap sehingga menyebabkan kemaluan dia terdedah!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.