Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HUSAM HANYA MAHU "KOCAKKAN" PAS!!!

SEMUT HITAM
HUSAM HANYA MAHU "KOCAKKAN" PAS!!!
Tak mustahil sekiranya itu tujuan Si Husam tu membuat dakwaan demi dakwaan buruk terhadap kepimpinan PAS tu sejak kebelakangan ini sehingga sanggup dia nak Lafaz Sumpah Talak Isteri.

Konflik yang membabitkan Husam Musa itu didakwa hanya sekadar untuk mengocakkan semula solidariti yang ada dalam PAS terhadap kepimpinan Pusat. Namun ia dilihat tidak mampu menjejaskan parti.

Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki, Pas adalah sebuah parti paling kukuh meskipun parti lain dalam negara bergolak kerana permasalahan yang dihadapi dalam parti.
"PAS masih kekal solid (kukuh). Walaupun PAS (dahulu) berpecah dengan beberapa ahlinya telah keluar dari PAS dan menubuhkan parti baharu, PAS kini kekal sebagai sebuah parti yang kuat," katanya.
Dalam sidang DUN Kelantan 8 Oktober lalu, Husam telah menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkan tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.

Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses rundingan terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Selain itu, Husam juga turut dilihat menyerang kepimpinan PAS Pusat terutama sekali Presiden parti itu yang didakwa cuba nak menjalinkan kerjasama Politik dengan UMNO sebelum ini.

Husam dalam satu sesi dialog yang diadakan sebelum ini dengan lantang menyatakan bahawa dia sedia untuk bersumpah Lafaz Talak Isteri bagi membuktikan dakwaan yang dibuat.

Tapi yang herannya, sehingga hari ini Si Husam Musa tu masih lagi enggan memenuhi cabaran yang dia buat bagi melafazkan sumpah Talak Isteri yang telah dinyatakan sebelum ini.

Sebaliknya, Si Husam tu hanya dilihat cuba nak melarikan perhatian rakyat dengan membuat kenyataan KONONnya dia bersedia untuk berdepan dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Sekiranya Si Husam tu benar - benar seorang pemimpin yang ada integriti dan kredibiliti, sudah pasti dia akan memenuhi cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Bukannya mencari alasan untuk melarikan diri seperti seorang PENGECUT!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.