Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HUSAM MINTAK TUNDA, NAK BERSUMPAHNYA ENTAH BILA!!!

SEMUT HITAM
HUSAM MINTAK TUNDA, NAK BERSUMPAHNYA ENTAH BILA!!!
Alasan demi alasan diberikan oleh Bekas Naib Presiden PAS ini dilihat sebagai satu langkah terdesak bagi membuktikan tindakan menghina kepimpinan PAS yang dilakukannya selama hari ini.

Kalau sebelum ini, Si Husam tu dengan lagak SOMBONG dan ANGKUH telah mendakwa dia berani bersumpah Talak Isteri demi untuk membuktikan dakwaan yang dibuat terhadap PAS.

Tapi sehingga ke hari ini, Si Husam Musa tu masih lagi tidak menjelaskan kepada ahli serta rakyat dikawasan dia tentang kenapa dia masih lagi tidak mengangkat sumpah Lafaz Talak tersebut.

Sebaliknya, Si Husam tu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini meminta agar diberikan masa untuk berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat bagi menjelaskan tindakannya.
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sedia untuk bertemu Dewan Harian Pas bagi menjelaskan mengenai teguran yang dibuatnya terhadap pentadbiran di Kelantan.

“Saya menghargai kesediaan Dewan Harian Pas Pusat memanggil saya untuk menjelaskan teguran saya terhadap perjalanan kerajaan Kelantan.

"Memandangkan notis itu amat singkat, saya sangat menghargai jika SUA Pas dan Dewan Harian Pas Pusat dapat menangguhkan, sekurang kurangnya seminggu selepas saya berada dalam negara," ujar Husam dalam satu kenyataan.


"Ini untuk membolehkan masa dan keadaan yang lebih selesa bagi saya menyediakan apa-apa persiapan perlu," ujarnya.
Secara tidak lansung, alasan yang dibuat oleh Si Husam yang meminta penangguhan itu menimbulkan keraguan dikalangan ahli PAS seolah - olah dia tak yakin dengan dakwaan yang dibuat.

Kenapa Si Husam tu perlukan masa untuk menyediakan apa yang diperlukan sebelum berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat sekiranya dia yakin dengan tuduhan yang dibuat?

Dan yang lebih anehnya, kenapa Si Husam tu beria - ia sangat nak berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat sedangkan sebelum ini dia dengan lantang mendabik dada nak angkat sumpah Talak Isteri? Takkan Si Husam tu hanya setakat pandai bercakap tapi TAKUT nak menyahut cabaran itu sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.