Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KERAJAAN GAGAL, PENDUDUK BERTINDAK SENDIRI: Penduduk bakar, baling batu lori bauksit,

CELAH GELEGAR
KERAJAAN GAGAL, PENDUDUK BERTINDAK SENDIRI: Penduduk bakar, baling batu lori bauksit,

Penduduk di daerah Kuantan bertindak membakar lori yang membawa bauksit kerana ‘berang’ gara-gara masalah itu gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Selain bakar, penduduk yang marah dengan pencemaran teruk akibat bauksit bertindak merosakkan lori dengan membaling batu.

Kejadian itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menerusi Facebooknya tanpa menyatakan tempat kejadian dan bila kejadian itu berlaku.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuatnaik, kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan felda.

Menerusi statusnya, Fuziah melahirkan kekesalan kerana kerajaan negeri menyelesaikan gagal masalah itu yang membawa pula kepada sosial selain pencemaran teruk.

“Adakah anak cucu kita akan membesar di dalam persekitaran ganas ini semata-mata kerana Kerajaan Negeri Pahang gagal mengawal aktiviti perlombongan bauksit ini? Ia menimbulkan masalah sekunder iaitu masalah sosial pula.

“Sudahlah masalah pencemaran kita terpaksa hadapi. Kemudian masalah keselamatan penduduk dan masalah kesihatan akibat debu. Sekarang timbul pula masalah sosial. Ya Allah lindungi lah kami warga Kuantan dari tangan-tangan yg tamak dan rakus. Yg hanya berfikir tentang keuntungan semata,” tulis Fuziah.

Masalah pencemaran akibat perlombongan bauksit menjadi masalah penduduk di beberapa tempat di Kuantan seperti di Gebeng, Pelabuhan Kuantan, Gambang, Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan dan Felda Bukit Sagu.

Walaupun kerajaan negeri menetapkan beberapa peraturan ketat bagi mengawal pencemaran akibat perlombongan bauksit, namun ia didakwa tidak berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pernah dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak menghentikan perlombongan bauksit jika masalah pencemaran tidak selesai. -FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.