Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHALID DAKWA, NAIKKAN TARIF AIR LANGKAH HIPOKRIT!!!

SEMUT HITAM
KHALID DAKWA, NAIKKAN TARIF AIR LANGKAH HIPOKRIT!!!
Heh! Sama ada ianya ebetulan atau memang betul Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu terdiri dari kalangan pemimpin yang HIPOKRIT tidak dapat untuk dipastikan.

Tapi nampak gayanya, Bekas Menteri Besar Selangor ni pun ada pandangan yang sama seperti apa yang telah kita bangkitkan sebelum ini berkaitan dengan kenaikkan tarif air di Selangor.


Kata Khalid, pemimpin dikalangan Pakatan Haprak tu perlu menghentikan sikap Hipokrit dan sentiasa berdolah - dalih ketika berdepan dengan kepincangan yang berlaku dalam 'rumah' sendiri.

Malah kata bekas Menteri Besar Selangor itu, dengan kawalan kuasa penuh yang miliki, mereka perlu membuktikan keupayaan untuk mentadbir - urus perkhidmatan bekalan air itu lebih baik.
“Mereka mempunyai kuasa menetapkan kaedah 'pricing' dan costing' yang baharu di setiap peringkat operasi sebagai salah satu strategi kawalan kos keseluruhan; sekaligus mengurangkan malah menghapuskan keperluan menaikkan tarif,” ujarnya.
Tapi malangnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin semalam memperlihatkan seolah - olah Rejim dibawah pimpinannya itu tidak mempunyai kuasa untuk tidak menaikkan tarif air tersebut.

Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu hanya sekadar memberikan alasan KONONnya kenaikkan tarif air itu tidak akan memberi beban tambahan kepada rakyat dimasa akan datang.

Selain itu, Khalid juga turut mengkritik pengumuman yang dibuat oleh Azmin yang didakwa bercanggah dengan tujuan asal pengambil-alihan industri perkhidmatan air itu dari syarikat konsesi.
“Saya yakin banyak lagi usaha yang perlu dan boleh dilakukan sebelum langkah drastik menambah beban rakyat akibat lonjakan kos sara hidup dengan menaikkan tarif air sebaik sahaja proses pengambilalihan selesai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Apa yang jelas, alasan yang diberikan oleh Si Azmin tu semalam ternyata tak boleh diterima akal lansung kerana banyak lagi 'Jaminan' yang dia berikan sebelum ini masih GAGAL untuk dipenuhi. Setakat jamin dengan 'Air Liur' je, budak umur 15 tahun pun boleh buat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.