Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KL sesak teruk, jalan ditutup beri laluan Obama

CELAH GELEGAR
KL sesak teruk, jalan ditutup beri laluan Obama

Lalulintas sesak teruk selepas Lebuh Raya Persekutuan dari Subang ke arah pusat bandar ditutup sejak jam 4 petang tadi.

Menurut Bernama yang memetik jurucakap bilik gerakan polis trafik Kuala Lumpur, penutupan itu adalah bagi memberi laluan kepada Presiden Amerika Syarikat Presiden Barack Obama dan rombongan yang hadir untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.
"Lebuh raya akan ditutup sehingga perjalanan Obama ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selesai," katanya.
Selain itu, jalan-jalan lain yang dilaporkan sesak termasuk Jalan Imbi, Jalan Kinabalu dan Jalan Sultan Ismail.
Pihak polis juga menasihatkan semua kenderaan supaya menggunakan jalan alternatif dan mematuhi semua arahan untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.