Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LOUVRE KAJANG: PENIPUAN MB SELANGOR DIPERTIKAI!!!

SEMUT HITAM
LOUVRE KAJANG: PENIPUAN MB SELANGOR DIPERTIKAI!!!
Hehehe!!! Inilah bahananya bila Si Menteri Besar Selangor tu suka sangat menggunakan alasan Longkang dan menyalahkan orang lain setiap kali ada isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

Penyudahnya, bila diberi penjelasan sekali pun, alasan tersebut tidak dapat diterima oleh rakyat. Sebaliknya, ia akan menyebabkan mereka terus mempertikaikan alasan yang diberikan.

Susulan jawapan audio yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor berkaitan dengan bantahan yang dibuat, wakil penduduk sekitar masih lagi membangkitkan beberapa persoalan.

Diantara yang dibangkitkan ialah mengenai pewartaan tanah dikawasan tersebut. Kata mereka, MB Selangor menjelaskan bahawa kawasan tersebut adalah didalam kawasan zon komersil.

Namun wakil penduduk dikawasan tersebut menjelaskan bahawa dibawah Akta, bukan semua kawasan boleh dibina bangunan Servis Apartment seperti yang dicadangkan sebelum ini.
"Dato MB bercerita berkenaan RT MPKJ 2020, tetapi Dato langsung tidak sentuh berkenaan RT MPKJ 2020 menunjukkan secara jelas gambaran bahawa bentuk pembangunan adalah berskala rendah dan bukannya bangunan 36 Tingkat. Akta 172 jelas menerangkan maksud gambaran yang diberikan," jelas wakil penduduk dikawasan tersebut.
Selain itu, penduduk dikawasan tersebut juga turut mempertikaikan mengenai pelan laluan keluar masuk yang telah dikemukakan oleh pemaju dan mendakwa MB Selangor tu cuba menunding jari ke arah Menteri Kerja Raya.
"Kami memohon maaf kerana terpaksa menyanggah hujah Dato MB. Untuk makluman Dato MB, Lukisan Syarat Kelulusan Menteri Kerja Raya itu adalah milik pemaju itu sendiri.

"Kami mempunyai bukti melalui Surat MPKj ( ) dlm MPKj OSC/BPB/1/4/2014 bertarikh 1 Jun 2015 bahawa kelulusan Infra adalah berdasarkan surat kelulusan LLM Bertarikh 17/11/2014.


"Sekali lagi kami nyatakan bahawa lukisan syarat kelulusan Menteri Kerja Raya pada 17/11/2014 adalah Lukisan oleh Pemaju itu sendiri. "Tiada alasan yang boleh diterima untuk pemaju tidak tahu syarat kelulusan tersebut dan mencadangkan sesuatu yang berbeza. Adakah Dato MB sudah dapat menghidu sesuatu!!!" tegas wakil penduduk dikawasan itu lagi.
Nah! Sekarang sudah jelas bahawa tindakan Si Menteri Besar Selangor tu cuba nak menyalahkan orang lain dalam isu pembinaan The Louvre tu hanya memalukan diri dia sendiri je. 

Secara kesimpulannya, penipuan Si Menteri Besar Selangor tu berhubung isu tersebut ternyata GAGAL. Bak kata wakil penduduk dikawasan tu, "Sekali kita menipu, akan di perlukan lebih banyak penipuan untuk menutup penipuan dahulu!!!"

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.