Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMANG "MASAK" LA DIA NAK MENJAWAB!!!

SEMUT HITAM
MEMANG "MASAK" LA DIA NAK MENJAWAB!!!
Kalau dah BODOH tu, jangan ditunjuk sangat. Sekarang, sendiri yang cari penyakit, sendiri tanggung la ye. Jangan pulak dia cuba nak salahkan orang lain pulak untuk dijadikan sebagai alasan.

Hakikatnya, Si Nurul Izzah tu perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama di Sabah berikutan tindakannya mengadakan pertemuan dengan Jacel H. Kiram, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai tidak boleh memberi sebarang alasan kerana tiada satu alasan pun boleh 'menghalalkan' perbuatan itu.
"Untuk Nurul Izzah bertemu dan bermesra dengan individu yang secara terbuka menyokong pencerobohan bersenjata di Sabah adalah sesuatu yang tak boleh diterima," kata Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dalam satu kenyataan pada Khamis.
Abdul Rahman berkata walau apa pun alasannya untuk bertemu Jacel, yang merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan itu, Nurul Izzah tidak sepatutnya berjumpa dengan musuh negara yang sudah membuat deklarasi terbuka menyokong serangan bersenjata terhadap Sabah.
"Kita semua tahu Jacel Kiram secara terang-terangan menyokong pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah. Kenapa pula YB Nurul Izzah sanggup bertemu dengan Jacel Kiram? Ini satu kesilapan besar," katanya.
Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata Nurul Izzah boleh berjumpa sesiapa sahaja yang beliau suka di Filipina kerana itu haknya, tetapi pertemuan dengan Jacel tidak boleh diterima.
"Bayangkan perasaan orang Sabah terutamanya perasaan keluarga anggota keselamatan yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas dalam insiden pencerobohan bersenjata itu," katanya.
Abdul Rahman turut mengingatkan Nurul Izzah bahawa penyokong-penyokong Jacel sehingga kini masih mencari cara untuk menawan Sabah termasuk melalui pencerobohan bersenjata.

Lagi cepat Si Nurul Izzah memohon maaf, lebih baik. Kalau tidak, jangan dia nak salahkan kerajaan Negeri Sabah sekiranya pada masa hadapan kerajaan negeri tidak membenarkan dia melawat Sabah. Dia sendiri yang cari penyakit siapa suruh!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.