Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMANG TAK AMAN SELAGI ADA "MUSUH DALAM SELIMUT"!!!

SEMUT HITAM
MEMANG TAK AMAN SELAGI ADA "MUSUH DALAM SELIMUT"!!!
Sekadar Gambar Hiasan
Selagi adanya petualang yang sanggup menggadaikan kedaulatan Negara dan menjaja 'Air Mata Buaya' demi untuk meraih sokongan Simpati Murahan memang tak aman la jawabnya. 

Nak pulak bila ada pihak yang hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Tak mustahil dengan sesiapa pun diorang sanggup bekerjasama dan bersekongkol.

Dan jika mereka didapati bersalah mengambil tindakan sedemikian perlu dikenakan tindakan tegas. Bukan setakat menghalang mereka memasuki Sabah, tapi turut dilucutkan kewarganegaraannya.

Maka sebab itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengesan ‘Musuh Dalam Selimut’ yang bersekongkol dengan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.

Sekadar Gambar Hiasan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka dalam usaha memastikan keamanan terjamin di Sabah khususnya di kawasan pantai timur negeri ini.
“Jika ada musuh dalam selimut, sampai bila pun pantai timur tidak akan aman. Tanggungjawab kami (ialah) kenal pasti musuh-musuh dalam selimut ini dan kita akan ambil tindakan."Kita tidak akan biarkan mereka terus menjadi musuh dalam selimut, duri dalam daging. Kalau mereka ingin tinggal di Sabah, ingin hidup dalam keadaan aman damai, mereka perlu setia kepada negara ini.“Mereka perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam kita memastikan seluruh negara kita aman damai dan semua orang boleh hidup sejahtera,” katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 155 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Cawangan Khas yang bertugas semasa insiden pencerobohan pengganas di Tanduo, Lahad Datu, di pantai timur Sabah, di sini.

Pingat berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan mereka bertugas semasa insiden itu. Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Khalid juga meminta agar anggota masyarakat khususnya di kawasan pantai timur Sabah supaya memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan di kawasan berkenaan dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia telah mematahkan sekurang-kurangnya lapan cubaan kumpulan berkenaan untuk mereka masuk ke kawasan pantai timur Sabah untuk melakukan jenayah termasuk penculikan, katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.