Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NURUL IZZAH BERGAMBAR DENGAN PUTERI KIRAM???

SEMUT HITAM
NURUL IZZAH BERGAMBAR DENGAN PUTERI KIRAM???
Kata Macai PKR, "Ala itu pun diorang nak kecoh sangat ke? Setakat bergambar je dengan Anak Sultan Kiram tu. Takkan itu pun salah? Bukannya dia songlap RM 2.6 billion!!!"

Lebih kurang gitu la alasan yang mungkin diberikan oleh Macai - Macai Pakatan Haprak tu bila tengok gambar diatas. Asalkan isu tu ada kaitan dengan puak - puak dia, semuanya baik belaka.

Standard mentaliti dikalangan Macai - Macai PKR dan puak - puak Pakatan Haprak tu memang mudah sangat untuk diduga. Sebab mentaliti diorang sama taraf je dengan budak sekolah Tadika.

Cuba kalau pemimpin UMNO yang ambik gambar dengan anak orang yang mengaku mencerobohi Lahad Datu tu sebelum ini. Agaknya macam mana pulak penerimaan dikalangan mereka ye?

Jika sebelum ini, pemimpin dikalangan PKR tu sendiri mendakwa KONONnya pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan Malaysia tu sebagai satu 'Sandiwara'.

Dan ternyata, mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan dan pencerobohan di kawasan Lahad Datu tu sebelum ini mengakui telah menerima arahan dari 'Sultan Kiram' sendiri.

Jadi, bagaimana pulak persepsi masyarakat bila gambar Si Nurul Izzah bersama dengan anak Sultan Kiram ni dilihat bersama berjuang untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu? Adakah 'serangan' selepas ini akan ditujukan untuk kebebasan Si Ketua Penipu tu pulak???

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.