Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGARAH NOW SDN. BHD. KETUA CABANG PKR RUPANYA!!!

SEMUT HITAM
PENGARAH NOW SDN. BHD. KETUA CABANG PKR RUPANYA!!!
Kan kita dah kata. Asal namanya dari kalangan puak - puak PKR tu, apa lagi yang mampu mereka lakukan jika tidak menabur fitnah terhadap pemimpin UMNO dan juga institusi Islam.

Dengan pendedahan yang dibuat sebelum ini, nampak sangat modus operandi 'Syarikat NOW Sdn. Bhd.' tu hanya sekadar nak menabur fitnah dan memburukkan nama baik YaPEIM je.

Selain nak menjatuhkan institusi pembangunan ekonomi Islam di Malaysia, Pengarah Syarikat NOW Sdn. Bhd. tu hanya sekadar nak meraih Publisiti Murahan dikalangan rakyat.

Tapi, sejauh mana drama dikalangan puak - puak Pakatan Haprak akan berakhir? Adakah pengarah syarikat yang berorientasikan FITNAH akan membayar saman yang telah dikemukakan?

Meh kita tengok kronologi FITNAH yang telah disebarkan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu sebelum ini supaya kita dapat melihat apa kesudahan drama yang dicetuskan oleh mereka.
1. Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin FITNAH Jamil Khir Baharom guna duit zakat untuk biayai kos guaman Menteri dalam kes qazaf Anwar Ibrahim. Jamil Khir bawa ke mahkamah. Setelah fitnah berjalan begitu jauh, akhirnya Shamsul mengaku bersalah dan mohon maaf.

2. Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah FITNAH bekas Menteri, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sehari sebelum PRU 13 berhubung isu pembelian tanah di Bukit Kiara. Reputasi merudum, Raja Nong Chik kalah di Lembah Pantai pada PRU 13. Fitnah bermaharajalela tanpa sempadan. Kesudahannya, kes dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengaku bersalah dan mohon maaf.

3. Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli FITNAH isteri PM, Rosmah Mansor beli cincin bernilai RM24 juta. Setelah dibawa ke mahkamah, Rafizi kata, dia hanya bergurau. Penipuan merebak begitu cepat dan pantas. Bagi Rafizi 'Rosmah beli cincin RM24 juta hanyalah gurauan'. Rafizi mengaku bersalah dan mohon maaf.

4. Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua FITNAH bahawa UMNO terlibat merancang konspirasi pencerobohan di Lahad Datu. Masuk mahkamah, Tian Chua mengaku bersalah dan minta maaf kepada UMNO.

5. Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin FITNAH Perdana Menteri, Najib Razak kononnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika BN kalah pilihan raya umum. Nizar mengaku salah dan mohon maaf.
Kesimpulannya, tak mustahil bagi Pengarah Syarikat NOW Sdn. Bhd. tu juga akan mengikut jejak langkah pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak tu. Paling tidak dia akan kata, "Saya cuma tanya soalan je. Takkan nak bertanya pun tak boleh?" Itu je alasan dia!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.