Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PKR TARIK BALIK USUL UNDI TIDAK PERCAYA!!!

SEMUT HITAM
PKR TARIK BALIK USUL UNDI TIDAK PERCAYA!!!
Ahli Parlimen PKR, Hee Loy Sian yang mengemukakan notis untuk mencadangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, telah menarik balik usul berkenaan.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamad Said di dewan hari ini. "Hee telah menarik balik usulnya melalui notis bertulis," kata Ismail.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan itu memfailkan usul berkenaan terlebih dahulu, yang mana ia menimbulkan pertelagahan di kalangan parti pembangkang itu kerana menyifatkan usul sepenting itu patut dibawa oleh Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan parti itu mahu Wan Azizah mengambil tanggungjawab membawa usul itu sebagai membuktikan kesungguhan mereka. 

Malah Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut memberi amaran bahawa partinya tidak akan terlibat jika usul itu dianggap 'permainan guli' oleh pemimpin pembangkang yang lain. 

Ugutan Guan Eng itu akhirnya membuatkan Wan Azizah terpaksa akur dan bersetuju untuk membawa usul berkenaan dan akan meminta Loy Sian menarik usul yang dibawanya sebelum itu. 

Usul yang dibawa Wan Azizah kini disenaraikan sebagai perkara ke-2 terakhir dalam senarai usul untuk dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini, yang akan berakhir pada 3 Disember.

Sekaligus, tindakan yang dipamerkan oleh Wan Azizah membuktikan bahawa didalam Pakatan Harapan itu, DAP lebih berkuasa dan boleh dianggap sebagai 'Abang Besar'. Semua orang kena tunduk dan patuh kepada segala kemahuan mereka!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.