Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(POLITIK M'SIA MAKIN BODOH & HODOH)Netizen kecam Adenan mahu jadikan bahasa Inggeris bahasa rasmi Sarawak

CELAH GELEGAR
(POLITIK M'SIA MAKIN BODOH & HODOH)Netizen kecam Adenan mahu jadikan bahasa Inggeris bahasa rasmi Sarawak

BANGI, Khamis – Netizen hari ini mengutuk dan mengecam keras tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang memutuskan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan negeri itu.

Rata-ratanya menyifatkan keputusan dan pendirian Adenan tidak lagi memartabatkan bahasa Melayu, bahkan dalam masa yang sama telah memusnahkan usaha untuk mempertahankan bahasa itu di tanah air sendiri.

Saed Ramli berkata, tindakan Ketua Menteri Sarawak ini sangat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila bangsa sendiri menjatuhkan martabat bahasa Melayu.

“Hakikatnya, bahasa Inggeris boleh saja dipelajari secara meluas. Bagi saya keputusan Sarawak ini telah mengetepikan Kesatuan Malaysia.

“Ya memang bonus jika boleh menguasai bahasa Inggeris, tapi mereka perlu ingat prinsip, jati diri bangsa dan perpaduan melalui bahasa tidak boleh dinafikan,” katanya.

Pendapat yang sama diutarakan Azam Sakroni yang berkata, salah satu cara untuk mendaulatkan bahasa Melayu adalah dengan menjadikannya sebagai bahasa perantaraan.

“Tapi bila Sarawak mengambil keputusan ini, ia akan mencaca-marbakan lagi bahasa di negara ini.

“Banyak cara lagi kalau nak praktikkan bahasa Inggeris untuk rakyat atau pelajar mahir menggunakannya, tetapi bukan menjadikannya sebagai bahasa rasmi,” katanya.

Semalam, Adenan mengumumkan bahawa Sarawak akan menjadi negeri pertama menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan diberi pilihan juga untuk menggunakan bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.

“Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” katanya mengulas tindakan lebih 1,000 doktor yang meninggalkan kerjaya itu kerana tidak fasih berbahasa Inggeris.

Mengulas situasi itu, Muhamad Azizan pelik dengan pemikiran Ketua Menteri ini.

“Mana tidaknya, negara lain bertungkus lumus mahu memartabatkan bahasa negara, yang dia mahu meletakkan bahasa lain sebagai bahasa utama.

“Percayalah, lama-kelamaan akan pula pihak yang akan menuntut penggunaan bahasa Inggeris dalam semua perkara termasuk urusan harian.

“Kita sepatutnya mencontohi Jepun yang tak menggalakkan pun rakyatnya belajar bahasa asing. Mereka tetap maju, tak mundur pun.

“Yang penting selepas ini jangan salahkan bangsa lain kalau bahasa Melayu pupus di negara ini,” katanya. -Ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.