Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SELAMAT BUAH KERANDUT SI HUSAM TU SEKEJAP!!!

SEMUT HITAM
SELAMAT BUAH KERANDUT SI HUSAM TU SEKEJAP!!!
Perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap Husam Musa serta empat lagi terpaksa ditangguhkan pada Khamis selepas peguam utama menteri itu cuti sakit.

Mustapa hadir di Mahkamah Tinggi seawal 9.15 pagi bagi memberi keterangan pada hari pertama membabitkan kes samannya yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Husam terhadap Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkaitan saham FGVH.

Terdahulu, peguam Lew Cho Kang yang mewakili Mustapa memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam uatama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat hadir kerana cuti sakit.

Lew yang mengemukakan sijil cuti sakit Muhammad Shafee kepada pihak mahkamah turut memohon supaya perbicaraan kes tersebut dapat ditangguhkan buat sementara ke tarikh yang lain.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin berkata perbicaraan kes itu yang beberapa kali tertangguh sebelum ini tidak sepatutnya ditangguhkan lagi kerana plaintif (Mustapa) hadir untuk memberi keterangan.
Namun sekiranya peguam mahu kes hari ini ditangguhkan, saya akan mempertimbangkannya,” kata hakim itu.
Mahkamah kemudiannya membenarkan penangguhan perbicaraan kes itu dan menetapkan 30 Nov untuk pengurusan kes manakala 27 Jan tahun depan ditetapkan untuk perbicaraan kes berkenaan.

Perbicaraan kes itu yang dijadualkan bersambung esok turut dilapangkan kerana Muhammad Shafee mempunyai satu kes lain membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Senator Datuk S. Nallakarupan di Mahkamah Tinggi di sini esok.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.