Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Serangan Paris dicipta untuk tekan Islam

CELAH GELEGAR
Serangan Paris dicipta untuk tekan Islam

SUDAH banyak pihak membongkar asal usul kumpulan militan IS yang sebenarnya dicipta oleh Barat, Amerika dan Israel sendiri.
Tahun lepas, bekas kakitangan Agensi Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (NSA), Edward Snowden mendedahkan bahawa perisik Britian, Amerika dan Israel (Mossad) telah bekerjasama mencipta gerakan IS.
Dalam laporannya, Snowden mendakwa hanya satu jalan keluar bagi keselamatan negara Yahudi iaitu mencipta musuh di negara sekitarnya.
Laporan itu juga mendedahkan pemimpin tertinggi IS, Abu Bakar Al-Baghdadi telah mendapat latihan intensif daripada Mossad.
Setelah berlaku serangan di Paris, kumpulan militan IS sepantas kilat mengaku bertanggungjawab.
Natijahnya, Perancis mengambil langkah drastik mengebom bandar Raqqa di Syria dengan alasan membalas dendam.
Namun menjadi persoalan, adakah lebih 20 bom yang dijatuhkan itu hanya mensasarkan pusat kegiatan IS atau juga melibatkan rumah dan menjejaskan kehidupan orang awam yang tidak bersalah?
Sehingga kini, masih belum ada laporan mengenainya.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Kaznov pada Ahad mengugut akan menutup masjid-masjid yang didakwanya telah menyebarkan kebencian.
Tidak semena-mena, kerajaan China melalui Menteri Luarnya, Wang Yi pula telah mengambil kesempatan menggesa dunia menekan muslim Uighur dengan meletakkan label ‘militan’ kepada mereka.
Hakikatnya, umat Islam Uighur adalah golongan yang tertindas disebabkan kezaliman kerajaan China selama ini.
KATA PEDANG: Sendiri cipta musuh, sendiri buat masalah, umat Islam yang dipersalahkan. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.