Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

STRATEGI SULIT PENGKHIANAT DI KELANTAN DIBONGKAR!!!

SEMUT HITAM
STRATEGI SULIT PENGKHIANAT DI KELANTAN DIBONGKAR!!!
Tindakan Pengkhianat Amanah Negara tu 'menggempur' kubu PAS di Kelantan dan Terengganu menimbulkan satu persoalan, "Adakah ianya arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh DAPigs?"

Parti pimpinan Mat Sabu tu diperingkat Negeri Kelantan telah dilancarkan di Pasir Mas, kawasan Parlimen yang diwakili oleh Ketua Pemuda PAS Pusat yang dianggap sebagai satu sindiran kepadanya.

Malah kenyataan yang dikeluarkan oleh puak - puak Pengkhianat tu dalam majlis tersebut memberikan gambaran terhadap strategi mereka untuk merampas Kelantan menjelang PRU ke-14 yang akan datang.
"Di DUN Tendong (Pasir Mas) ni, (wakil rakyat dari PAS) YB Rozi (Muhamad) sebagai ADUN Tendong sekarang ini."Kalau sekiranya YB Rozi tidak dicalonkan semula oleh partinya (PAS), maka YB Rozi lah yang akan menjadi calon Amanah di DUN Tendong," kata Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah semasa majlis pelancaran Amanah Kelantan pada Isnin, lapor Minda AIDCNews
Dalam erti kata mudahnya, jika mana - mana ADUN PAS yang Pro kepada puak - puak Pengkhianat tu digugurkan dalam PRU ke 14, mereka secara automatik akan dicalonkan oleh Amanah.

Strategi licik Pengkhianat tu dilihat satu cubaan untuk memberi tekanan kepada PAS Kelantan agar tidak menggugurkan mana - mana ADUN yang menyokong Pengkhianatan mereka.

Persoalannya, adakah ianya satu bentuk ugutan supaya PAS Kelantan mengekalkan orang seperti Husam Musa, Mohamad Zaki Ibrahim dan Ahmad Baihaki Atiqullah, diperingkat DUN pada PRU ke 14 nanti?

Katanya, mereka yang disenaraikan di atas dikatakan senada dengan Husam yang dilihat semakin lantang mengkritik dan mempertikaikan kepimpinan PAS diperingkat Pusat yang diterajui oleh Hadi Awang. 

Selain kawasan Parlimen Pasir Mas, puak - puak Pengkhianat di Kelantan tu juga turut memberikan tumpuan di empat lokasi lagi iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh dan Rantau Panjang.

Mesej mereka ini sangat jelas dengan menumpukan perhatian khusus ke kawasan pemegang utama kepimpinan PAS Pusat, terutama dikawasan Nik Abduh (Pasir Mas) dan juga kawasan Takiyuddin (Kota Bharu).

Adakah ini bermakna, jika mereka tidak dikekalkan bertanding di kawasan itu, Amanah bersedia mengekalkan mereka sebagai calon di kawasan tersebut? Adakah itu caranya untuk Macai puak - puak DAPigs ni nak merampas Kelantan yang diterajui oleh PAS pada ketika ini???

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.