Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YANG NI PENGARAH NOW SDN. BHD DIAMKAN PULAK!!!

SEMUT HITAM
YANG NI PENGARAH NOW SDN. BHD DIAMKAN PULAK!!!
Sekarang kita dapat lihat amalan Politik Hipokrit dan Retorik yang menjadi kebiasaan dikalangan puak - puak PKR tu. Bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak dia mendiamkan diri.

Kenapa isu yang ada kaitan dengan penyelewengan serta pembaziran yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor ni tak nak pulak Si Pengarah syarikat NOW Sdn. Bhd. tu dedahkan?

Kenapa syarikat yang berorientasikan fitnah tu tak nak pulak mendesak agar pihak Rejim Pakatan Selangor menjelaskan pembaziran yang dilakukan seperti yang didedahkan dibawah ni?
PETALING JAYA: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengkritik kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan memperuntukkan RM9.7 juta untuk ‘mencantikan’ pintu gerbang Kota Darul Ehsan.Dia yang mengisytiharkan ahli PKR seumur hidup berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukan sejumlah besar wang hanya untuk menaik taraf pintu gerbang.Katanya, selama ini pembangkang mendedahkan pembaziran dan ketirisan wang rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional namun pendedahan RM9.7 juta diperuntuk untuk pintu gerbang itu amat mengejutkan.“Saya tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender kepada syarikat yang mengguna istilah arab tersebut atau bagaimana sumber bajet , tetapi saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang?, katanya menerusi kenyataan media.
Dia berkata, laporan terbaharu itu menambahkan kontroversi Azmin selepas itu penubuhan syarikat RM2 untuk menjaga aset Selangor, isu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang dikatakan belum beroperasi tetapi telah memohon pinjaman bank, kegagalan menghalang kenaikan tol menerusi anak syarikat yang memiliki kepentingan dalam syarikat konsesi tol dan kelulusan pembinaan lebuh raya bertol.
Jelas, tindakan mendiamkan diri yang dilakukan oleh Si Pengarah Syarikat NOW Sdn. Bhd. terhadap isu itu membuktikan bahawa dia hanya sekadar nak cari Publisiti Murahan dan bukannya nak menegakkan Kebenaran. Kalau dah dasar Pencacai tu, maka Pencacai la jugak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.