Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ALASAN "KERJASAMA DENGAN DAPigs" ITU JUMUD!!!

SEMUT HITAM
ALASAN "KERJASAMA DENGAN DAPigs" ITU JUMUD!!!
Semalam, bertebaran didalam laman media sosial orang mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh PakaTUN bagi menjustifikasikan tindakannya bersekongkol dengan DAPigs.

Jelas kenyataan tersebut, rasa terkilan dikalangan ahli Politik di Malaysia, sama ada UMNO mahupun DAPigs sendiri adalah kerana permusuhan diantara kedua - dua parti itu terus berpanjangan.

Dengan memberikan persamaan apa yang berlaku di Malaysia dengan konflik di Timur Tengah, PakaTUN kata ianya hanya akan menguntungkan pihak yang sepatutnya dimusuhi, Israel.

Tapi mungkin PakaTUN lupa. Yang menjadi dalang disebalik punca berlakunya permusuhan dikalangan umat Islam di Timur Tengah ketika ini adalah puak - puak Yahudi dan Amerika sendiri.

Perkara itu jelas dilakukan sejak bertahun - tahun lamanya. Bahkan ianya turut berlaku sejak zaman bermulanya Perang Salib lagi. Malah peringatan mengenainya sudah dijelaskan dalam Al-Qur'an:-
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)
Realitinya, campur tangan dari kalangan puak - puak Yahudi dan juga Amerika itu sendiri yang menjadi punca utama kepada kemelut Politik yang berlaku di Asia Barat sehingga ke hari ini.

Lihat bagaimana bermulanya perang dingin yang berlaku diantara Iran dan Iraq. Dan yang terbaru, bagaimana Rejim Barat mengucar-kacirkan Negara - Negara Asia Barat dengan 'Arab Spring'.

Sehingga hari ini peperangan terus berlaku di Negara - Negara terbabit berpunca dari campur tangan kuasa - kuasa Rejim Barat. Mereka yang mula melaga - lagakan umat Islam sesama sendiri.

Dan keadaannya di Malaysia, pencetus utama kepada kemelut Politik adalah dari kalangan puak - puak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs itu sendiri. Perkara itu jelas dan nyata.

Bahkan PakaTUN sendiri pernah mengakuinya dalam satu perjumpaan tertutup di Yayasan Kepimpinan Perdana sekitar tahun 2012, menceritakan tentang ancaman dari kalangan puak - puak DAPigs.

Pada ketika itu, PakaTUN mengingatkan kepada pemimpin Melayu yang hadir tentang bahaya yang dibawa oleh DAPigs sekiranya mereka dapat memerintah Negara dan betapa mereka ini Anti Islam.

Persoalannya sekarang, adakah PakaTUN sendiri lupa kepada amaran yang diberikan pada ketika itu? Atau, adakah pendirian PakaTUN itu perlu dilihat sebagai satu pendirian orang yang MUNAFIK?

Tidakkah PakaTUN sendiri sedar bahawa tindakannya bersekongkol dengan DAPigs itu sama seperti yang dilakukan oleh Negara - Negara di Timur Tengah yang mahu menjaga kepentingan mereka sendiri?

Kesimpulan mudahnya, kerjasama Politik yang dibuat oleh PakaTUN bersama-sama dengan pihak yang dia sendiri pernah dakwa sebagai Anti Islam itu hanya akan menguntung DAPigs. Bukannya kepada Negara mahupun kepada orang Melayu. Itu hakikatnya!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.