Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apakah pendirian Muhyiddin, tunggu sekejap lagi...

.
Apakah pendirian Muhyiddin, tunggu sekejap lagi...
MENANTI

Khabarnya lewat pagi ini Muhyiddin Yassin akan mengadakan sidang akhbar khas untuk menjelaskan pendirian dan sikapnya ekoran tindakan MT Umno telah menggantungkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno. Sidang akhbar Muhyuddin itu dijangka menjadi perhatian dan ditunggui para peminat dan pengamat politik tanahair.

Berbagai ramalan dan juga harapan daripada sidang akhbar Muhyiddin itu. Mereka yang kini sedang giat menggerakkan untuk mengayangkan Najib Razak dengan menggunakan Dr Mahathir Mohamad sebagai "aadiyaat" (kuda perang utama), berharap Muhyiddin mengambil tindakan keluar daripada Umno.


Tindakan sebegitu dikira dapat menyemarakkan lagi semangat untuk "merenggutkan" Najib dan juga Umno. Walaupun Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh meluas, tetapi pendirian itu memberi impak kepada Umno setidak-tidaknya Muhyiddin dapat dijadikan regu untuk naik pentas bagi melayak Najib.

Bagaimana pun ada juga yang berharap Muhyiddin kekal dalam Umno. Beberapa pemimpin Umno yang bersikap sedarhana dan melihat Muhyddin boleh memberi kekuatan kepada Umno, berharap dan merayu bekas TPM itu tidak mengambil tindakan seperti Dr Mahathir, sebaliknya kekal dan istiqamah dalam Umno.

Apakah pendirian Muhyiddin sama-sama kita tunggu sidang akhbar yang akan diadakan nanti. Dan saya berfikir Muhyiddin tidak akan mengambil keputusan mengejutkan hari ini, sebaliknya akan membuat pendirian yang sangat berhemat dan memberi ruang masa secukupnya untuk beliau memuktamadkan pendiriannya.

Kalau Muhyiddin sudah tidak ada harapan lagi untuk menguak dalam Umno pun, adalah lebih baik beliau mengambil sikap tasamuh, dan membiarkan kedudukan dirinya diputuskan oleh Umno sendiri. Beliau kena serahkan kepada pertimbangan Lembaga Disiplin parti itu bagi menentukan kedudukannya.

Dalam politik yang mengharapkan simpati dan sokongan, adalah lebih baik kalau Muhyiddin dipecat daripada beliau mengambil sikap keluar daripada parti. Bagi Muhyiddin beliau tidak berkedudukan seperti Dr Mahathir untuk bertindak meninggalkan Umno. Sisa-sisa harapan dalam Umno masih ada berbeza dengan Mahathir dimana ia sudah kesuntukan masa.

Adalah kurang bijak kalau Muhyiddin terikut-ikut dengan fiil Dr Mahathir ataupun terpanggil dengan seruan mereka yang sudah lama berada dalam Umno tetapi gagal mencari tapak untuk berpolitik dan mahu menjadikan Muhyiddin sebagai modal tambahan.

Dan Muhyiddin juga perlu kena sedar simpatis kepadanya lebih ramai dalam Umno daripada di luar Umno. [wm. kl.10:20 am 03/03/16]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.