Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Tun Mahathir : UMNO dan DAP, maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Artikel Terbaru Tun Mahathir : UMNO dan DAP, maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika

Artikel TERBAHARU Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 9 Mac 2016 (http://chedet.cc/?p=2003)

UMNO dan DAP

1. Ramai ahli UMNO yang rasa terkilan dan tidak senang melihat Kit Siang dan DAP berada diatas pentas yang sama dengan UMNO dan pemimpinnya, yang lama dan yang baru.

2. Kenapakah ahli dan pemimpin UMNO sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?

3. Soal yang sama juga ditanya oleh ahli dan pemimpin DAP yang benci dan bermusuh dengan UMNO terutama dengan saya sendiri sebagai bekas pemimpin UMNO sejak DAP ditubuh.

4. Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menghadiri dan menandatangani deklarasi menolak Najib, menghadiri bukan sebagai ahli dan pemimpin parti politik atau gerakan, tetapi mereka hadir sebagai “citizen”, rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.

5. Bagi pemimpin UMNO, jika UMNO seperti UMNO dahulu dan segala saluran untuk menghentikan perbuatan yang salah masih ada, penyelesaian boleh dicari dalam parti. Tetapi Najib sudah tutup semua saluran ini.Hak ahli dalam UMNO, Mesyuarat Agong UMNO, Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak berfungsi lagi. Mulut anggota dan badan-badan dalam UMNO sudah ditutup rapat oleh Najib dengan berbagai-bagai cara, dengan melumpuh bukan sahaja badan-badan tertentu dalam parti tetapi melalui institusi-institusi Kerajaan seperti polis, Peguam Negara, Surhanjaya Pencegahan Rasuah, PAC dan lain-lain.

6. Tindakan Najib menekan bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga keatas semua rakyat tanpa mengira kaum atau parti.

7. Dalam keadaan ini rakyat yang menjadi mangsa sudah lumpuh dan tidak lagi dapatbergantung kepada parti politik mereka sendiri untuk perlindungan, dan tidak pun melalui institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi keselamatan rakyat.

8. Bagi semua rakyat Malaysia hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan demokrasi negara. Tetapi rakyat tidak ada apa-apa jentera yang bolehdiguna untuk menyuara pendapat mereka pun.

9. Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai “citizen” (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.

10. Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan mereka buat sementara untuk menyelamatkan negara tercinta. Mengutama parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib.

11. Apabila demokrasi dan kebebasan di kembalikan maka perbezaan pendapat antara mereka bolehlah diteruskan.

12. Jika kita tidak faham, lihatlah keadaan dikalangan orang Islam di Timur Tengah. Musuh mereka ialah Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat.

13. Malangnya mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab sehingga mereka lupakan musuh sebenar mereka, iaitu Israel, dan mereka berperang sesama orang Islam.

14. Maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.