Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

'AWEK KACUKAN' BIDAS KENYATAAN KETUA PUTERI UMNO!!!

SEMUT HITAM
'AWEK KACUKAN' BIDAS KENYATAAN KETUA PUTERI UMNO!!!
Wow! Memang hebat sungguh hujah yang cuba dibicarakan oleh awek yang nama dia pun separa Mat Salleh ni. Bagus juga dia ada hajat nak membidas kenyataan Ketua Puteri UMNO.

Kata Si Awek Kacukan yang nama dia ada separa 'Mat Salleh' ni, dia rasa heran kenapa YB Mas Ermieyati harus berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Malah kata dia, perkara sedemikian, berkongsi platform dengan bekas musuh Politik bagi menegakkan Kebenaran serta agenda 'Selamatkan Malaysia' sepatutnya perlu menjadi satu kebiasaan.
"Tidakkah anda pernah terfikir bahawa keadaan ini tidak berlaku dengan sendirinya? Bahawa ada di antara kita begitu kecewa dengan apa yang berlaku di Malaysia sehinggakan kita tidak mempunyai cara lain untuk melawan rasuah?"
Heh! Nampak sangat kedangkalan ilmu Politik yang dimainkan oleh Si Awek Kacukan ni. Mentaliti dia mengalahkan budak kampung Ulu Cheka. Bijak lagi budak kampung tu membuat penilaian.

Hakikatnya, Si Awek Kacukan ni GAGAL untuk memahami keadaan yang sebenar. Realitinya, puak - puak Pakatan Haprak tu bukannya nak memperjuangkan kepentingan rakyat.

Malah mereka juga bukannya ikhlas nak memperjuangkan agenda untuk menolak rasuah seperti yang digambarkan. Sebaliknya, diorang hanya sekadar nak memperalatkan orang lain.

Perkara itu boleh dilihat dengan jelas apabila dakwaan demi dakwaan yang dilemparkan tidak disandarkan kepada bukti yang kukuh dan hanya sekadar dihidangkan dengan spekulasi.

Bahkan hari ini, puak - puak Pakatan Haprak tu sudah pun menegaskan bahawa agenda utama yang perlu mereka perjuangkan adalah untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara.

Tidakkah itu membuktikan bahawa mereka hanya sekadar mempergunakan orang demi untuk mencapai matlamat agenda berkepentingan Politik Peribadi mereka yang tersembunyi?

Yang membuatkan orang rasa kecewa ialah apabila tindakan Tun Mahathir sanggup menggadaikan prinsip dia sendiri semata - mata demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi orang lain akhirnya dianggap sebagai satu bahan MUNAFIK!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.