Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayam Masak Sambal Cocos

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Ayam Masak Sambal Cocos
Salah satu masakan yang digemari dalam masyarakat Melayu Cocos ialah sambal ikan. Arwah MIL wajib masak sambal ikan sewaktu mengadakan kenduri-kendara di kampung. MIL suka gunakan ikan merah atau kepala ikan bayan atau ikan dongol dalam bahasa Melayu Cocos.  Rasa sambal ikan ini sedikit berbeza dengan sambal biasa kerana ditambah dengan ketumbar, santan dan diakhiri dengan perahan jus limau nipis. Sejak MIl pergi, hanya sekali-sekala sahaja dapat menikmati masakan ini, dan itu pun sekiranya ada majlis tertentu di rumah SIL.
Hari Ahad yang redup dan mendamaikan ini, kita cuba olah masakan ini tetapi dengan menggunakan ayam pula. Hasilnya memang berbeza dari segi rupa terutamanya kuah yang agak cair, kita pekatkan tetapi rasanya tetap enak seperti resepi asal yang menggunakan ikan!


Bahan-bahan:
6 keping peha ayam saiz besar
200ml santan cair
200ml santan pekat
2 labu bawang besar - dicincang
4 sudu besar minyak
2 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu besar ketumbar biji



Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis menggunakan api perlahan hingga pecah minyak.
3. Tambahkan santan cair dan biarkan kuah mendidih.
4. Setelah kuah mendidih, masukkan daging ayam. Gaul rata.
5. Masak sehingga daging ayam hampir masak.
6. Tambahkan santan pekat dan masak lagi sehingga daging ayam benar-benar masak dam kuah menjadi pekat.
7. Perasakan dengan garam / bahan perasa pilihan.
8. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.


Al-Fatihah buat MIL & FIL. 


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.