Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(BOHONG MAKIN BERTIMBUN) Kata RM1.5B belanja PRU13, Lepas tu AG kata RM2.3B dipulang kepada Penderma - Mukhriz

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(BOHONG MAKIN BERTIMBUN) Kata RM1.5B belanja PRU13, Lepas tu AG kata RM2.3B dipulang kepada Penderma - Mukhriz

BANGI, Rabu – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jawapan serta kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung RM2.6 bilion yang diterima daripada Arab Saudi adalah pembohongan semata-mata.

Katanya, ini kerana Najib dalam mesyuarat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri telah menyatakan parti itu membelanjakan RM1.5 bilion bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Mukhriz berkata, beliau berasa pelik dan hairan apabila Najib mengatakan beliau menerima RM2.6 bilion daripada Arab Saudi dan telah memulangkan RM2.3 bilion yang tidak digunakan.

Satu lagi perkara, yang saya rasa pelik dan hairan …. RM2.6 bilion yang dia terima katanya dari derma Arab.

“Kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.3 bilion balik kat Arab tu?

“Daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda tu saya ingat budak kecil pun boleh faham… yang angka-angka ni semua tak betul.

“Bohong punya bohong, dah jadi bertimbun, kita pun dah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100 peratus tak betul,” katanya dalam video yang dimuat naik blogger Din Turtle di Youtube.

Mukhriz berkata, apabila beliau bertanya mengenai RM2.6 bilion ini dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agong, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyampuk, sedangkan Presiden sendiri tidak menjawab.

Dia (Ku Nan) kata kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13,… dia kata kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia kata dia tak bolehlah nak kata berapa banyak dia belanja.

“Tiba-tiba Presiden menyampuk dia kata, saya boleh kata berapa kita belanja. Katanya, pada PRU13 kita telah belanja RM1.5 bilion,” kata Mukhriz

Dalam video berdurasi 2.45 minit itu, Mukhriz berkata, beliau terkejut dengan pengakuan Najib kerana nilai perbelanjaan itu sangat besar dan tidak munasabah sedangkan katanya, UMNO kalah tujuh kerusi Parlimen.

“Kita tak boleh nak menyamai atau pun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12. Zaman Pak Lah dulu.

“Dan Ku Nan kata, you tahu apa, you orang muda lagi… dia kata kat saya. Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah.

“Kita telah menyumbang daripada empat kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita telah berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada PAS. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan UMNO Kedah,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan ke mana sejumlah besar wang itu dibelanjakan apabila melihat hasil PRU lepas yang kurang memberangsangkan.

Dulu-dulu kita tak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang dua per tiga,” katanya. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.