Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cadangan agar Pas tukar presiden tepat

.
Cadangan agar Pas tukar presiden tepat
ULASAN ISU

Cadangan dilontar oleh Husam Musa agar Pas menukar presiden parti itu daripada Abdul Hadi Awang kepada Tuan Ibrahim Tuan Man adalah cadangan yang tepat, rasional dan memenuhi kehendaki semasa. Cadangan itu juga dianggap ikhlas untuk mengembalikan Pas menjadi sebuah parti yang dihormati dan disegani di mata umum seperti sedekad lalu.

Tentu cadangan itu bukan untuk merendah-rendahkan kepim
pinan dan kebolehan Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin, tetapi dibuat demi mengekalkan keperkasaan Pas sebagai parti alternatif kepada Umno. Bukan bermakna Abdul Hadi tidak layak, tetapi masa yang diperuntukkan kepadanya untuk memimpin lebih satu dekad sudah mencukupi.

Tuan berundurlah demi perkasakan Pas.
Husam membuat anologi Pas kini bukan lagi seekor singa gagah digerumi seperti dulu tetapi merupakan seekor kucing yang tidak tahu ke mana hala tuju dan arah politiknya. Anologi itu sesuatu yang sangat buruk kepada Pas sebenarnya, tetapi perlu diterima dengan tasamuh. Justeru cadangan Husam itu perlu dikaji dan jangan melihat ia bersifat politikal.



Senario dan tiribulasi politik yang semakin canggih sekarang ini tidak mampu dihadapi oleh Abdul Hadi. Beliau banyak gagal atau pun tidak berdaya membaca peta dan perjalanan politik mengeliwati negara sangat rumit dan berbelit. Politik hari ini memerlukan pentafsiran dan penyelesaiak yang bijak dan baik.

Gara-gara sikap atau modul politik yang diamalkan Hadi itu menyebabkan Pas terkebelakang dari segi orentasi politik berbanding dengan parti oposisi lain seperti DAP, Keadialan maupun Amanah yang semakin jauh dan galak ke depan.

Misalnya, penolakan Abdul Hadi kepada deklarasi rakyat untuk menjatuhkan Najib Razak, jelas menunjukkan kedangkalan politik Hadi sebagai presiden. Gerakan itu tidak diambil kesempatan oleh Hadi bagi meletakkan Pas sebagai wadah kepercayaan rakyat. Sikap demikian adalah songsang dan tidak bijak politik.

Tuan Ibrahim politiknya
lebih jelas.
Apa dikesalkan dalam masa sama masih mahu mempertahankan Najib. Mempertahankan Najib tidak menjadi masalah demi Melayu, tetapi yang menjadi persoalannya Najib masih lagi bertarik tali dengan projek ta'awun Pas. Kelicitan Najib ini seakan tidak terbaca oleh Hadi dan beliau tersihat dengan sesuatu kebaikan yang diharapkan tetapi ianya nihil.

Sudah banyak jaminan dan layanan istimewa yang Abdul Hadi berikan kepada Najib untuk kestabilan politik PM itu atas nama Melayu dan Islam. Namun tidak satu pun lagi Najib membalas budi baik yang dihulurkan itu. Hadi ikhlas tetapi tidak di sebelah Najib. Tampak di sini yang menjadi hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong ialah Pas. Apakah Abdul Hadi kira cukup setakat melantik Haron Din sebagai kluster majlis perundangan Islam (MPI)? Rendah sangatlah nilai dan harga diri Pas.

Beberapa tindakan politik yang dilakukan Hadi tidak membawa kekuatan kepada Pas sebaliknya menjuruskan Pas ke lembah yang hina. Ini merugikan masa depan parti itu dan mengsia-siakan harapan yang diberikan oleh rakyat. Mengisa-siakan peluang yang ada adalah satu "kebundakan" sebenarnya. Tuhan pun melarang makhluknya berbuat sia-sia dan tidak mengambil peluang atas apa yang disediakan.

Misalnya sikap tidak konsisten Abdul Hadi dan bertentangan dengan prinsip dan menepati bingkai politik yang disediakan oleh arwah Fadzil Mohd Noor dan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang mengadakan hubungan baik dengan pembankang, tidak diterus dan direalisasikan oleh Abdul Hadi. Bahkan dalam keadaan tertentu beliau seakan membelakangkan bingkai dan persefahaman itu mahu membawa Pas ke zaman jahiliah siasah. Bukankan cara Hadi itu sebagai tidak bertanggungjawab?

Selain kelemahan dan fenomena itu banyak kelemahan lain yang membelit diri presiden Pas itu yang menyebabkan Pas seperti mana kata Husam, ia bukan seekor singa yang gagah lagi tetapi menjelma menjadi kucing mainan kepada Umno.

Makanya apabila ada cadangan agar Pas menyalin kepimpinan adalah satu idea yang baik yang perlu dipertimbangkang oleh bukan sahaja pemimpin dan ahli, bahkan Abdul Hadi sendiri juga. Beliau kena ikhlas dan menyedari akan kebolehan dan kelemahannya. Kita bercakap soal keikhlasan, soal akhlak, soal wala' tetapi kita sendiri "berjeluah" dengan selut dosa dan noda. Apakah kita hanya menolak munafik kepada orang lain tetapi munafik diri sendiri dikelek?

Berhubung dengan kegagaan dan ketidakupayaan Hadi meneruskan legasi politik ditinggalkan oleh Fadzil dan Nik Aziz, ia menimbul berbebagai persoalan. Apakah ianya disengajakan atau pun memang Abdul Hadi tidak menyedari yang beliau sudah melarikan Pas jauh mengikut pemain baharu? Pertukaran pemegang jawatan dalam beberapa badan tertinggi Pas, yang beroperasi di Pejabat Agung seperti pusat kajian, seiasauaha agung dan sebagainya dilihat telah merosakkan minda politik Abdul Hadi.

Kerana itu ada tuduhan mengatakan bahawa Pas kini sedang diresapi oleh satu elemen yang mahu merosakkan parti itu dan sekaligus reputasi Abdul Hadi sebagai presiden. Elemen ini yang dikuasi yang dibentuk dari luar khabarnya telah membuat perancangan rapi untuk menguasai unit-unit istimewa dalam Pas bagi membolehkan mereka mengembangkan idea dan mempengaruhi presiden mengikut kehendak minda dan menerima modul politik tajaan mereka.

Mereka membuat perancangan rapi dengan berkolabroasi dengan anak-anak muda dalam Pas yang berlatar belakangkan pendidikan agama untuk mengabui mata ahli bagi melindungi maksud dan matlamat sebenar mereka. Dengan berlindung di sebalik anak-anak muda yang dianggap "Ansorollah" ini maka golongan itu berjaya menyelitkan diri mereka dalam unit-unit khas yang bertindak menjadi penasihat dan mengawal politik presiden.

Anak-anak muda ini pula yang cetek dengan sepak terajang politik mudah terpengaruh dengan puji-pujian mnerima idea dan kerangka elemen dan mempertahankan sehingga sanggup memfitnah dan memburukkan pihak lain yang sengaja dibentuk agar ianya dilihat kontras. Dalam kata lain elemen itu berjaya mempengaruhi dan mengubah keadaan keadaan dalam Pas.

Apakah ini benar dan apakah presiden menyedarinya? Kebenaran ada, kalau dilihat kepada perubahan sikap dan pembawaan politik diamalkan oleh Abdul Hadi yang kini ketara berbeza. Perubahan sikap redikalnya, kepada liberal dalam menerima idealisme Umno Melayu menjelaskan yang beliau sudah pun dapat dinuteraliskan oleh golongan ini.

Berdasarkan hakikat serta perubahan Abdul Hadi itulah mungkin Husam mencadangkan agar Pas perkasakan dengan menukar presiden yang sudah berjaya dikaramkan oleh golongan berkenaan. Dan orang yang dicadangkan untuk mengganti Hadi, Tuan Ibrahim Tuan Man asalah sepantasnya. Pertukatan atau cadangan Husam itu tentu sekali untuk menyelamatkan Pas.

Mengapa Tuan Ibrahim? Walaupun Tuan Ibrahim tampak lembut tetapi beliau memiliki waja dan teras politik tersendiri dalam jiwanya. Ini dapat dilihat kepada beberapa kenyataanya yang seakan lari atau tidak sejalur dengan presiden yang tampak lebih manja dengan Umno.

Misalnya sikap berlunak presiden dengan Umno kurang disenangi oleh Tuan Ibrahim dengan menegaskan bahawa Pas tetap bersama oposisi termasuk dengan DAP. Tuan Ibrahim memperakui yang Pas masih memerlukan oposisi termasuk DAP. Ruang dan pandangan politik Tuan Ibrahim lebih konsptual berbanding dengan Hadi.

Begitu juga dalam membuat penilaian kepada pencapaian atau perubahan dalam Pas kini, cadangan agar Pas menubuhkan kerajaan teknokrat bagi menzahirkan sebuah kerajaan yang profesional menunjukkan Tuan Ibrahim masih percayaan kejayaan dan kelansungan politik Pas seharusnya bergabung dengan profesional. Baginya politik atau negara tidak boleh ditadbirkan dengan ilmu agama sahaja yang cetek dengan aspek profesional lain. Ayat-ayat Quran dan terjemahan Hadith serta kepantasan dan kelunakan membaca salawatan ke atas Nabi dan sahabat sebagai muqadimah untuk memulakan syarah bukan merupakan kunci utama untuk mentadbir dan mengurus negara.

Justeru cadangan dibuat Husam itu molek untuk dipertimbangkan oleh Pas dan Hadi sendiri. Dan Tuan Ibrahim juga tidak perlu berfikir panjang demi kebaikan dan keutuhan Pas sebagai parti alternatif di masa hadapan. Masa masih ada untuk Pas mengolahkan dirinya sesuai dengan kehendak rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang. Tunggulah bas tiba jangan menanti selepas bas berlalu. [wm.kl.2:42 pm 08/03/16]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.