Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deklarasi Rakyat : Kenapa Pemimpin Sanggup Ketepikan Perbezaan Ideologi Demi JATUHKAN Najib

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Deklarasi Rakyat : Kenapa Pemimpin Sanggup Ketepikan Perbezaan Ideologi Demi JATUHKAN Najib

Majlis pemeteraian Deklarasi Rakyat hari ini yang menuntut penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan pemimpin dan individu yang sebelum ini tidak boleh bertentangan mata selama beberapa dekad mampu duduk di dewan yang sama.

Aktivis dan ahli politik yang memperjuangkan hak asasi manusia sanggup bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dituduh mereka sebagai pemimpin kuku besi ketika menjadi perdana menteri.

Semua perbalahan, perbezaan pendapat dan ideologi sanggup diketepikan semata-mata untuk bersatu bagi menyingkirkan Najib yang kini memperkuatkan cengkamannya terhadap kuasa.


Pejuang hak asasi manusia yang hadir pada majlis menandatangani perisytiharan itu disoal mengenai kerjasama yang janggal ini.

Ia menjadi lebih janggal apabila soalan ini dikemukakan di hadapan Mahathir.

Ikuti kata-kata mereka:

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang

S: Adakah anda mempercayai Mahathir?

Kit Siang: Negara ini kini di persimpangan sejarah yang penting ... Apa yang kita lihat hari ini bukan penjajaran politik kuasa-kuasa politik tetapi penjajaran kuasa rakyat untuk kepentingan negara.
Saya fikir bahawa kita mesti gesa semua 30 juta rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, politik dan individu, untuk datang bersama-sama menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal dan dikuasai oleh penyangak.

"Saya fikir bahawa ini amat penting dan kita tidak sepatutnya terkunci dalam persoalan yang tidak berkaiatan pada masa ini.

S: Tetapi bagaimana anda boleh berdamai dan bekerja dengan Mahathir yang pernah anda tuduh menjahanamkan negara ini?

Kit Siang: Saya fikir kami alu-alukan semua rakyat Malaysia yang bersedia pada masa ini untuk bangkit dan meletakkan negara di atas segala-galanya.

Dan ini termasuk semua kamu dalam media. Adakah kamu bersedia? Saya cabar kamu.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah

S: Bagaimana anda boleh bekerja dengan Mahathir?

Maria: Kami mahu singkirkan Najib kerana kami telah memberinya banyak peluang untuk memulihkan sistem yang teruk ini tetapi dia tidak melakukannya.

Oleh itu adalah penting dan tidak boleh dirunding mengenai penyingkirannya. Tetapi pada masa yang sama, kita juga mahu menilai sistem sekarang kerana yang ada ini tidak berfungsi.

Untuk bergerak ke depan ke arah demokrasi dan pembaharuan institusi - seperti yang Tun (Mahathir) sebut - sangat penting.

S: Adakah anda juga mengketepikan kesilapan lalu oleh Mahathir?

Maria: Dengan membawa pembaharuan institusi kita sudah membetulkan kesilapan masa lalu.

Kita telah membuat kesilapan sepanjang jalan dan kita berada di sini hari ini, dan masa depan, untuk memperbetulkan kesilapan.
Kita tidak mahu bercakap dalam masa 10 tahun akan datang nanti tentang rasuah, mengenai undang-undang yang menindas. Kita ingin katakan kami berada di sini untuk masa depan yang lebih baik.

Presiden Persatuan Hak asasi Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan

S: Bagaimana anda boleh bekerja dengan Mahathir?

Ambiga: Bagi masyarakat sivil, setakat yang saya tahu, ia bukan sahaja tentang memecat seorang lelaki.

Ia adalah mengenai mewujudkan agenda reformasi tulen untuk mengembalikan negara kepada demokrasi yang tulen.

Kita telah menyimpang jauh tetapi agenda pembaharuan kami adalah memperkukuh institusi kebebasan bersuara, pilihan raya yang adil dan bebas serta menegakan kedaulatan undang-undang.

Saya hadir di sini kerana mahukan Malaysia menjadi lebih baik. Kami percaya rakyat berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.

Dan desakan untuk penyingkiran Perdana Menteri, ini adalah mengikut konvensyen dan prinsip demokrasi. Ini bukan perkara peribadi. Ini adalah bagaimana demokrasi berfungsi.

Dalam mana-mana demokrasi yang tulen, seorang pemimpin dalam kedudukan seperti beliau (Najib) akan meletak jawatan dalam keadaan yang sama.

Saya rasa membenaskan Anwar Ibrahim juga perlu menjadi agenda reformasi kami, termasuk mereka yang dipenjarakan secara tidak sah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

S: Adakah anda mempercayai pembangkang?

Mahathir: Itu tidak mengapa. Apa yang penting ialah bahawa kita adalah rakyat Malaysia.


Fact Sheet - March 4: I'd tell you but then I'd... oleh kinitv

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.