Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Deklarasi Rakyat: Penjelasan PERKASA Malaysia

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Deklarasi Rakyat: Penjelasan PERKASA Malaysia

POLEMIK SELAMATKAN MALAYSIA

1. Malaysia muttaakhir ini dikejutkan berikutan Negarawan Tun Mahatir bersama 'musuh' politik duduk semeja, langkah sederap, senada irama mendesak Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan atas nama Selamatkan Malaysia melalui Deklarasi Rakyat.

2. Justeru timbul pelbagai polemik, kecelaruan, pro dan kontra yang turut mengheret dan yang tidak terkecuali turut membabit Perkasa.

3. Sebagai sebuah NGO dominan di Malaysia PERKASA turut dipalit dengan pelbagai pertanyaan yang kekadangnya meletakkan Perkasa berada dalam pelbagai persimpangan yang menuntut penjelasan berhemah.

3. Bagi yang pro bertanya dimana Perkasa. Dimana suara Presiden Perkasa yang lantang menjuarai isu dan kenapa PERKASA tidak terlibat bersama dalam isu Selamatkan Malaysia dan menanda tangani Deklarasi Rakyat walhal tunjang utamanya adalah Tun Mahathir yang dilihat amat rapat dengan Perkasa.

4. Yang kotra pula bertelagah dan keliru lalu menuntut pendirian Perkasa apabila melihat kehadiran beberapa orang tokoh Perkasa dalam agenda Selamatkan Malaysia. 

6. Kehadiran tokoh/pimpinan Perkasa ini dijadikan hujah oleh mereka yang kontra seolah2nya Perkasa telah lari dari asas perjuangan mempertahankan Perlembagaan Negara, Islam, Melayu dan Bumiputera menggadai maruah perjuangan dan pelbagai tomahan yang sangat mengelirukan.

7. Justeru perlu dijelas pendirian bahawa sesungguhnya perjuangan Perkasa amat jelas dan tidak pernah lari dari prinsip mempertahankan Perlembagaan Negara, hak kepntingan Islam, Melayu dan Bumiputera dulu kini dan selamanya. 

8. Bagi sesiapa yang ada kepedulian dan sentiasa mengikuti perkembangan perjuangan Perkasa amat memahami bagaimana Perkasa bersising lengan mempertahankan prisip hingga Presiden Perkasa bergolok bergadai, naik turun mahkamah menghadapi saman atas nama perjuangan.

9. Bagi mereka yang tidak pernah peduli dan mengikuti langkah perjuangan Perkasa hatta keputusan Perhimpunan Agung walaupun menjadi menjadi Ahli Perkasa bingkas bangkit cuba mempertikaikan, perleceh dan memperkecilkan gerak kerja buat Presiden dan pimpinannya. 

10. Ada yang cuba bertindak untuk menjadikan 'Napoleon Kecil' yang kekadangnya bersetuju atau tidak turut sedikit sebanyak menggocangkan keharmonian ahli diperingkat bawahan walaupun goncangannya ibarat dalam secawan teh.

11. Berbalik kepada isu Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. Pendirian Perkasa jelas. Apa yang ditimbulkan dalam Deklarasi Rakyat telah diperjuangkan sejak awal lagi. Antaranya Perkasalah NGO pertama mendesak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari ketelusan menyiasat semua permasalahan dan salahlaku yang dibangkitkan dan kini diulangi dalam Dekkarasi Rakyat.

12. Sebab itulah Perkasa atas nama NGO tidak bersama dalam Kempen Selamatkan Malaysia kerana tindakan kita bermula sejak awal isu yang dibangkitkan timbul dan PERKASA sangat percaya penyiasatan yang telus hanya melalui Suruhanjaya DiRaja sahaja.

13. Berhubung kehadiran beberapa tokoh utama Perkasa dalam kempen Selamatkan Malaysia tidak bermakna perkasa turut terlibat. Harus diperjelaskan kehadiran mereka adalah atas nama individu dan persendirian. Ini ditekan banyak kali oleh Presiden kepada mereka yang hendak hadir dalam majlis tersebut supaya elakkan apa-apa perlambangan yang mengaitkan nama Perkasa.

14. Justeru jangan jadikan hujah kononnya kehadiran mereka telah menggadaikan perjuangan. Bersengkokol dengan Ambiga LGBT. Bersama dengan pembangkang berkonspirasi menjatuhkan PM dan pelbagai persrpsi yang sangat dangkal dan tidak memahami isu. Yang paling malang turut terpengaruh dengan mainan mediamassa utama.

15. Kalau individu Perkasa dilihat berpeluk dengan tokoh pembangkang dihujahkan sebagai 'pengkhianat'. Bagaimana pula Perdana Menteri yant berpeluk dengan Barrac Obama yang bersengkokol bersama yahudi membunuh umat islam. Apakah PM turut bersetuju dengan yahudi membunuh umat islam.Tentu tidak bukan. Apakah bila DS Zahid Hamidi, DS Nazri Aziz berpeluk bergelak gembira bersama Lim Guan Eng, LKS lalu mereka jadi komunis. Tentu tudak bukan.

16. Jadikan mohon minta jangan jadikan kehadiran beberapa individu Perkasa sebagai hujah hingga ada sesetengah pimpinan negeri/perlimen minta pendirian Perkasa. Dan yang malang ada sesetengah hendak menjadi 'Napolen Kecil' untuk mengkaji semula halatuju Perkasa.

17. Akhirnya suka di nyatakan marilah kita berlapang dada melihat isu sebenar dalam Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bukan isu bersengkokol, pengkhianat dan sebagainya seperti yang mainkan oleh media massa arus perdana.

18. Kita serahlah kepada kebijaksanaan mereka dalam menangani isu ini dan perkuatkan tekad perjuangan kita.

19. Presiden dalam rangka lawatan turun padang bertemu semua peringkat pimpinan perkasa negeri. Inilah ruang terbaik dalam siri tabayyun (pencerahan) isu.

Sekian

HASSAN BASRI
Ketua Penerangan

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.