Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FUH!!! LAIN MACAM "STATEMENT" MB PAHANG NI!!!

SEMUT HITAM
FUH!!! LAIN MACAM "STATEMENT" MB PAHANG NI!!!
Heh! Kalau kita fikirkan dari satu sudut, memang nampak lain sangat kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang ni. Tapi hakikatnya, memang itu pun yang patut UMNO buat.

Bagi kebanyakkan pihak, UMNO tak perlu meroyan sangat pasal isu deklarasi yang dibuat oleh sesetengah pemimpin UMNO sebelum ini. Sebaliknya, kita perlu sambutnya sebagai satu Cabaran.

Dan memang realitinya, tindakan beberapa pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan DAPigs tu sebelum ini dengan hasrat hendak menjatuhkan Perdana Menteri seolah - olah mencabar UMNO.

Maka apa yang perlu dilakukan oleh kepimpinan UMNO disemua peringkat adalah untuk menyahut cabaran tersebut demi membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat adalah tidak benar.
"Jangan terpengaruh kerana ini boleh mengelirukan, melalaikan, melekakan dan membazir masa (serta menyebabkan) lari daripada fokus asal. Saya perhatikan permainan politik ini akan berlanjutan sehingga pilihan raya.


"Perjuangan kita belum selesai dan kita mesti menang pilihan raya," katanya kepada media selepas menghadiri majlis jamuan petang sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016 Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.
Dalam erti kata lainnya, ahli UMNO disemua peringkat tidak terlalu terpengaruh dengan perkembangan yang berkaitan dengan Politik dalaman. Sebaliknya menumpukan gerak kerja Pilihan Raya.

Selain itu, MB Pahang juga turut menegaskan agar semua pihak tidak mencampuri urusan Perdana Menteri dan sewajarnya membiarkan Perdana Menteri menjalankan tugasnya seperti biasa.
"Pertamanya untuk menguruskan ekonomi negara dalam keadaan ekonomi dunia tidak stabil. Keduanya, beliau memerlukan masa dan tenaga untuk pastikan kos hidup rakyat yang terbeban perlu diringankan," katanya.
Pokok pangkalnya, puak - puak PakaTUN yang menandatangani deklarasi tu sebelum ini hanya terdiri dari kalangan mereka yang terdesak mahu mencari sokongan Simpati Murahan.

Apa yang jelas, diorang ni TERLALU GHAIRAH mahu mencapai kemenangan mengikut pintu belakang dan sekaligus tidak menghormati perlembagaan dengan cara yang lebih demokratik.

Kesimpulannya, UMNO dan Barisan Nasional khususnya perlu menggerakkan jentera diperingkat akar umbi bagi memastikan mereka mendapat mandat dari rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Itu lebih penting dari perjuangan peribadi individu tertentu!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.