Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HADI AWANG PERLU DIPERANGI SEBAB BERKAWAN DENGAN NAJIB!!!

SEMUT HITAM
HADI AWANG PERLU DIPERANGI SEBAB BERKAWAN DENGAN NAJIB!!!
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diperangi habis-habisan sekiranya beliau terus bersubahat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin Syed Harman.

Syed Saifuddin berkata pemimpin utama PAS itu dilihat seolah-olah melindungi kepimpinan Najib yang terpalit dengan pelbagai tuduhan skandal.

“Hadi perlu menerima hakikat bahawa Najib musuh negara.“Jika beliau terus bersekongkol, bermakna beliau juga perlu diperangi habis-habisan,” katanya ketika ditemui FMT.

Najib sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai tuduhan termasuk skandal Altantuya Sharibu, pembelian kapal selam Scorpene, syarikat pelaburan 1MDB, SRC International, serta derma politik RM2.6 billion.

Jumaat lepas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dengan kumpulan pembangkang duduk semeja menandatangani deklarasi khas mendesak Najib supaya berundur.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersama dalam majlis ‘Selamatkan Malaysia’ itu.

Syed Saifuddin berkata Hadi sebagai ulama yang dihormati sepatutnya mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh Najib.

“Kami nampak Tok Guru Hadi Awang telah lari dari dasar perjuangan PAS yang sebenarnya.

“Bagaimana Hadi Awang sebagai salah seorang ulama yang dihormati sanggup bersekongkol dengan Najib Razak yang secara terang melakukan pelbagai kemungkaran,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.