Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HUSAM PERLUKAN MAHATHIR GULINGKAN HADI AWANG!!!

SEMUT HITAM
HUSAM PERLUKAN MAHATHIR GULINGKAN HADI AWANG!!!
Heh! Memang patut sangat la anak - anak muda muak dengan perangai Haramjadah yang ditonjolkan oleh sesetengah pemimpin Politik ni. Tak sudah - sudah nak beramuk sesama sendiri.

Jika sebelum ini, kita ingatkan hanya ada dikalangan pemimpin UMNO je yang dok sibuk nak mendesak agar Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Rupanya perkara yang sama juga turut dilakukan oleh sesetengah pemimpin PAS yang terdesak nak mencari sokongan simpati membuat desakan yang sama terhadap pucuk pimpinannya.

Husam Musa, selaku Bekas Naib Presiden PAS yang kecewa kerana GAGAL untuk mengekalkan jawatannya dalam pemilihan parti sebelum ini tampil membuat desakan tersebut.

Husam dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini telah mendesak agar Hadi Awang melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAS dan memberi laluan kepada Timbalan Presiden.

Dengan menjadikan alasan KONONnya pendirian yang dibuat oleh Hadi Awang telah lari dari dasar perjuangan parti, Husam juga turut mengecam keputusan Presiden PAS tu baru - baru ini.

Hakikatnya, Husam marah sebab keengganan Hadi Awang untuk menandatangani satu deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir bagi mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatannya.

Walaupun sudah dijelaskan bahawa PAS mengambil pendirian untuk mengikut kehendak dasar Perlembagaan iaitu melalui Pilihan Raya Umum, namun alasan itu masih tidak mencukupi.

Sebaliknya, Husam membuat dakwaan kononnya keputusan Hadi Awang tu adalah disebabkan dia mula menunjukkan pendirian seolah - olah menyokong Perdana Menteri.

Tampil untuk membela Presiden, Ketua Penerangan PAS menyatakan desakan Si Husam tu adalah tidak wajar dilakukan dengan menegaskan bahawa parti itu masih memerlukan Hadi Awang.
"Biarlah, kami dalam parti tidak ada masalah. Parti masih memerlukan Hadi sebagai Presiden PAS. Tidak ada keperluan untuk menukar beliau. Malah Tuan Ibrahim sendiri sudah buat penegasan untuk beri sokongan padu kepada Hadi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.
Mungkin Si Husam tu perlu mendapatkan bantuan dari Tun Mahathir jika dia benar - benar mahu menggulingkan Hadi Awang selaku Presiden PAS. Tapi, jangan akhirnya nanti dia kena kencing pulak dengan puak - puak PKR sudah la!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.