Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUAL BANGUNAN PKNS SALAH KERAJAAN TERDAHULU!!!

SEMUT HITAM
JUAL BANGUNAN PKNS SALAH KERAJAAN TERDAHULU!!!
Alahai!!! Apa la yang diorang nak kecoh sangat dengan berita kononnya Rejim Pakatan Selangor tu nak jual bangunan milik anak syarikat Kerajaan Negeri? Alasan mudah je yang dapat diberikan.

Paling tidak, wakil dari Rejim Pakatan Selangor tu akan memberikan alasan, tindakan menjual aset anak syarikat Kerajaan Negeri tu adalah keputusan yang dibuat oleh Kerajaan terdahulu.

Alasan itu juga yang biasa dikitar semula dan diguna-pakai oleh puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu. Yang jadi mangsa pun bukan orang lain, Si Khalid Ibrahim tu jugak yang jadi 'Kambing Hitam'.

Sama jugak macam isu penjualan Hotel di Shah Alam. Pun wakil dari kalangan puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu menunding jari ke arah pentadbir Kerajaan yang terdahulu dari mereka.

Biarpun perkara seumpana itu secara terang - terangan membuktikan ke-GAGAL-an Menteri Besar yang baru tu dalam menangani masalah, tapi semua ke-GAGAL-an tu bukan salah dia.

Jadi, apa yang nak diherankan sangat apabila ada pihak yang mempersoalkan isu berkaitan dengan penjualan bangunan PKNS dan menghalau peniaga yang berniaga didalam premis tersebut? Itu semua bukan salah Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin!!!
Siang tadi seramai 100 orang peniaga berhimpun menyatakan bantahan apabila bangunan bazar Roshni akan dijual kepada orang luar hingga menyebabkan PKNS bertindak menghalau para penyewa keluar dari bangunan tersebut.

Ada para peniaga telah mengeluarkan belanja sehingga puluhan ribu ringgit untuk mengubahsuai kedai, namun ianya bukan menjadi alasan kuat untuk pihak PKNS meminta mereka mengosongkan bangunan tersebut.

Ini ke cara Azmin memerintah negeri sampai begitu banyak harta kerajaan negeri terpaksa dijual sedangkan Azmin mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai masalah kewangan.

Kalau dah sampai jual aset milik kerajaan negeri, ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sekarang mengalami masalah kewangan dan ianya mungkin sudah semakin tenat.


Tak sampai 10 tahun memerintah, sudah begitu banyak harta kerajaan terlepas ke tangan orang luar dan semua harta berkenaan adalah hasil yang diperolehi semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah dulu. - seterusnya...

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.