Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAGI ALASAN "LONGKANG" DARI PAKATAN BERUK SELANGOR!!!

SEMUT HITAM
LAGI ALASAN "LONGKANG" DARI PAKATAN BERUK SELANGOR!!!
Terbaik!!! Kalau di mana - mana dunia ni ada 'Anugerah Khas' untuk mereka yang setakat pandai bagi alasan bertaraf 'Longkang' ni, dah tentu - tentu pemimpin Pakatan Selangor 'Sapu Bersih'.

Mana tidaknya. Mudah sangat kerja yang diorang buat bagi menjustifikasikan ke-GAGAL-an serta ke-LEMAH-an mereka dalam menjaga hal - hal kebajikan rakyat di Negeri Selangor tu.

Kalau sebelum ni, bila orang bangkitkan isu berkaitan dengan rumah urut dan rumah tumpangan yang wujud bagai cendawan tumbuh lepas hujan, diorang salahkan Kerajaan BN.

Asal ada je orang ungkit pasal penyelewengan dan pembaziran dalam perbelanjaan Negeri untuk sebarang projek membaik-pulih, diorang akan tunding jari menyalahkan Khalid Ibrahim.

Dan kali ini, bila Kementerian Kesihatan meletakkan mereka ditangga teratas dalam penyebaran wabak denggi, puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu salahkan rakyat dibawah pulak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, seorang wakil Rejim Pakatan Haprak tu kata, penyebaran wabak demam denggi di Selangor semakin meningkat adalah kerana kecuaian rakyat.

Katanya, rata - rata rakyat di Negeri Selangor tu hanya sekadar mengambil sambil lewa hal penjagaan kebersihan dikawasan rumah mereka sendiri sehingga mengakibatkan wabak itu menular.
“Lumrah manusia, sikap sambil lewa dan ambil mudah dalam menjaga kebersihan sampah-sampah dan suka membuang sampah merata-rata terutamanya di kawasan flet. Ada yang membuang sampah dari atas ke bawah dan ada yang sehingga sangkut di atas bumbung.
“Apabila hujan ini menyebabkan air bertakung dan mengundang pembiakan nyamuk Aedes,” kata EXCO Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi kepada FMT di sini, baru-baru ini.
Kan senang kerja diorang? Asal ada je benda yang tak kena dan menjadi pertikaian dikalangan rakyat, dengan mudah puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu menyalahkan orang lain.

Kiranya, takde guna la diorang memerintah kalau semua benda diorang nak salahkan orang lain. Apa faedahnya diorang ada kuasa kalau semua masalah rakyat tak boleh nak diselesaikan? Kalau setakat tau nak salahkan orang lain je, baik bagi BERUK jadi Kerajaan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.