Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mahathir: 'Kami hadir sebagai rakyat' TOLAK Najib

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Mahathir: 'Kami hadir sebagai rakyat' TOLAK Najib

 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] "Kehadiran pemimpin parti dan NGO pada Majlis Deklarasi Anti Najib adalah atas kapasiti rakyat dan tidak mewakili mana-mana parti politik," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahathir, tujuan majlis deklarasi berkenaan adalah bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya kini selepas terpalit denggan beberapa isu skandal.

"Kami sebagai warga Malaysia ingin menyatakan kebimbangan terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara yang semakin teruk pada masa kini.

"Kami di sini adalah disebabkan oleh kebimbangan terhadap masa depan negara dan bagaimana untuk menurunkan Najib," katanya ketika sidang media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya hari ini.


Ketika ditanya adakah beliau mempercayai pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan pihak berkenaan, Mahathir memaklumkan bahawa soal berkenaan tidak timbul memandangkan kesemua pemimpin yang berkumpul pada hari ini adalah atas kapasiti rakyat.

Beliau berkata, pihaknya tidak berkempen bagi melawan Umno namun bertujuan bagi mendesak Najib untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya kini.

"Pelbagai kesan telah ditanggung oleh negara ini ketika berada di bawah pentadbiran beliau yang telah membawa kerosakkan di dalam kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa deklarasi rakyat berkenaan adalah bagi mendesak Najib untuk melepas jawatannya melalui saluran yang aman dan mengikut undang-undang dibenarkan serta turut menyingkirkan semua pihak yang bersekongkol dengannya.

Selain itu, Mahathir memaklumkan deklarasi tersebut juga turut mendesak pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi dicbawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih.

“Akhir sekali, deklarasi ini turut menggesa agar pemulihan intergriti institusi yang telah dilemahkan seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.