Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ORANG ISLAM TIDAK BERCAKAP MACAM DIA NI] Video: Kawan Dengan Mahathir Ibarat Tampal Muka Kulit Babi – Aktivis Reformasi

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[ORANG ISLAM TIDAK BERCAKAP MACAM DIA NI] Video: Kawan Dengan Mahathir Ibarat Tampal Muka Kulit Babi – Aktivis Reformasi

KUALA LUMPUR – Aktivis reformasi, Jamil Ismail, 46 membidas pemimpin pembangkang yang bersekongkol dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ baru-baru ini.

Jamil yang lebih dikenali dengan panggilan Jamil Kucing itu turut menyifatkan pimpinan pembangkang yang bekerjasama dengan Tun Mahathir sebagai bodoh kerana melupakan kezaliman yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.


“Kami reformasi tak akan jilat ludah sendiri, terus terang saya cakap waktu saya tengok deklarasi hari tu orang macam Hishamuddin Rais demi Allah kalau saya ada saya ludah muka dia… dia yang lebih tepuk tangan berbanding Mahathir.

“Nasihat saya kepada pemimpin (pakatan) jangan buat muka tampal kulit babi, terus terang cakap Otai Reformasi pun saya bantai dalam internet… kenapa bodoh sangat, tak ingatkah apa yang Mahathir buat… saya sendiri (kerana Mahathir) kena buang kerja sebanyak 12 kali” dalam majlis Gerakan Rakyat Tolak Reformasi di ibu negara malam tadi.


 

Jamil turut berkata mana-mana pemimpin pembangkang yang bekerjasama dengan Tun Mahathir adalah merupakan musuh beliau kerana mengkianati prinsip reformasi yang diperjuangan selama ini.

“Sejak zaman reformasi yang menyara saya makan ialah binatang (kerana) saya selamatkan kucing-kucing terbiar rezeki saya datang tanpa perlu jilat atau ampu punggung pemimpin.

“Masa deklarasi tu saya hantar Whatsapp pada Kak Wan (Wan Azizah), tolong jangan bersekongkol dengan Mahathir kerana siapa bersekongkol dengan Mahathir adalah musuh saya,” tegasnya lagi.

Menurut Jamil lagi beliau lebih sanggup mempercayai anjing gila berbanding Tun Mahathir.

“Mahathir dah nak mampus (malah) senang untuk dijatuhkan, buat apa kita nak tolong dia, apa kalau Najib jatuh dia (Mahathir) nak bagi kita (pakatan) naik? Pakailah otak (untuk fikir)

“Bukan nak rasis, tapi dengan Mahathir saya tidak akan percaya (malah) kalau jumpa anjing gila nak gigit orang saya lebih percaya anjing daripada Mahathir. Nasihat saya pada siapa yang nak bersekongkol dengan Mahathir jangan buat muka tampal kulit babi” ujarnya sebelum mengakhiri ucapan pada malam tadi.

Aktivis pembangkang semalam yang menyuarakan kekecewaan mereka secara terbuka terhadap kerjasama pemimpin pakatan dengan Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat. – SuaraTV

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.